Categories: TECHTech News

Samsung Ambil Keputusan Tutup Kilang Di China

Samsung Electronics akan menutup kilang telefon bimbitnya di China pada penghujung bulan ini. Tindakan ini diambil berikutan pasaran di China semakin kompetitif dan menyukarkan persaingan bagi jenama Samsung.

Pada tahun 2017, kilang di Huizhou itu telah mengeluarkan 64 juta telefon, sebahagian besar daripada pengeluaran global Samsung sebanyak 394 juta. Sebelumnya pada 2011, kilang ini telah membuat 70 juta telefon manakala yang di Tianjin menghasilkan 56 juta yang telah ditutup pada akhir tahun lepas.

Penutupan kilang Samsung Electronics tidak menandakan bahawa Samsung menarik diri sepenuhnya daripada China, namun ianya akan terus menjual telefon di sana. Disebabkan persaingan yang sengit daripada jenama yang lain, ianya sudah tidak lagi ekonomik untuk membuat peranti telefon di sana.

Penguasaan pasarannya menurun kepada 1% apabila pengguna China beralih kepada jenama tempatan yang lain. Syarikat itu telah mengembangkan kapasiti pengeluarannya di negara-negara seperti India dan Vietnam kerana kos pembuatan yang lebih rendah di sana.

Sumber: GSM Arena

SGMS Enal