TECH By: SGMS Putri January 11, 2018 @ 3:34pm

Tips Mudah Untuk Mendapatkan Semula Fail Dari Pemacu Pena Anda

Hilang fail penting yang telah disimpan dalam pemacu pena (pendrive) sering memeningkan kita. Pernah tak anda kehilangan fail-fail penting yang anda simpan dalam pemacu pena anda secara tiba-tiba? Jangan risau, mungkin fail berkenaan masih lagi boleh diselamatkan. Di sini kami akan tunjukkan kepada anda langkah mudah untuk mendapatkan fail-fail itu semula tanpa perlu memasang apa-apa aplikasi pihak ke-tiga.

Sebagai permulaan, pastikan pemacu pena anda telah dipasang pada PC atau komputer riba anda terlebih dahulu. Selepas itu, ikuti langkah-langkah di bawah. (Kami menggunakan peranti Windows 7 dalam demonstrasi ini)

1. Klik pada ikon Windows untuk mengakses Start Menu, kemudian cari dan klik ‘cmd’. Pastikan anda menjalankan aplikasi cmd.exe ini sebagai Administrator.

2. Paparan ‘Windows Command’ seperti imej di bawah akan muncul.

3.Taip : attrib -h –r -s /s /d d:\*.* dan klik Enter. Gantikan huruf ‘d’ pada d:\*.* dengan huruf yang mewakili pemacu pena anda.

Sekarang, semua fail yang hilang itu tadi sepatutnya sudah dapat dilihat semula di dalam folder pemacu pena anda. Selamat mencuba!

Sumber

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

TECH Sun, 22 Jul 2018

Facebook Bangunkan Satelit Yang Boleh Pancarkan Internet Berkelajuan Tinggi

Pelbagai usaha dilakukan oleh Facebook dalam memberi peluang kepada pengguna untuk mendapatkan sambungan internet secara menyeluruh. Terdahulu, mereka hadir dengan idea sambungan internet menggunakan dron menerusi Projek Aquila tetapi setelah 4 tahun, projek tersebut dibatalkan. […]

TECH Thu, 29 Nov 2018

Now You Can Purchase Houses Online?!

It’s as easy as ABC…

Automobile Thu, 19 Sep 2019

汽车小知识:如何更换汽车雨刷

说到基本汽车保养,相信大家都会想到更换引擎油、变速箱油、检查大灯及刹车片等;但除了这些基本汽车保养以外,大家是否知道其实雨刷也需要定时检查及保养呢?

TECH Wed, 2 Jan 2019

Bagaimana Mencantikkan Paparan Bar Navigasi Android

inilah cara untuk mencantikkan lagi navigation anda

TECH Mon, 22 Jan 2018

Cara Install Always On Display di Semua Smartphone Samsung Tanpa Root

smartphone Android tidak mati dengan menampilkan jam, kalender hingga notifikasi tertentu.

TECH Sun, 21 Jul 2019

Cara Menghasilkan Imej 3D Menggunakan Aplikasi Facebook

Facebook baru sahaja memperkenalkan fungsi “3D Photo” pada aplikasi mudah alih mereka.Berikut kami kongsikan cara menghasilkan imej 3D menggunakan aplikasi Facebook.

TECH Sun, 11 Nov 2018

Apa Dah Jadi Dengan mIRC, Friendster, Yahoo & MSN Messenger?

Adakah anda tahu terdapat laman sosial yang terawal wujud sebelum adanya Instagram dan sebagainya?

TECH Sun, 28 Jul 2019

Ingin Akses WhatsApp Lain pada Android, Cuba Ini!

kalau rasa nak mencuba boleh ikot tips ini

TECH Thu, 15 Aug 2019

Cara Mudah Cari Arah Kiblat

Bagusnya  Qibla Finder ni dapat bantu cari arah kiblat

TECH Mon, 18 Jun 2018

5 Tips Untuk Memastikan Kesihatan Bateri Telefon Pintar Anda

Adakah anda bimbang akan bateri telefon pintar anda rosak?Kami mempunyai tips bagaimana hendak memastikan bateri telefon anda dalam keadaan baik.

error: Content is protected !!