Euforia Bola 2026
Featured By: Salma Syahbuddin March 28, 2025 @ 5:24pm

Tekad Perlahankan Kerjaya Seni, Awie Bakal Teliti Vokalis Baharu… Rancang Konsert Menuju 4 Dekad Wings

Legenda rock tanah air, Datuk Awie, mengumumkan hasrat untuk memperlahankan karier seninya demi memberi tumpuan kepada perniagaan serta meluangkan lebih banyak masa bersama keluarga.

Mengaku keputusan ini bukan sesuatu yang mudah, vokalis kumpulan Wings itu menegaskan, tidak akan meninggalkan dunia seni sepenuhnya, sebaliknya akan lebih banyak berperanan di belakang tabir.

“Berat sebenarnya untuk kurangkan aktiviti konsert dan persembahan. Tapi saya masih berkarya, cuma kali ini untuk orang lain, bukan diri sendiri. Saya lebih banyak bekerja di belakang tabir.

“Saya tidak meninggalkan industri mahupun Wings. Nyanyian tetap menjadi sumber rezeki saya,” katanya.

Awie berkongsi mengenai perkara demikian ketika ditemui pada majlis Iftar dan Sidang Media yang diadakan di Baba Nyonya House, Petaling Jaya pada Khamis.

Mengulas lanjut,  Awie atau nama lengkapnya, Ahmad Azhar Othman menjelaskan, keputusan ini bukan sekadar perubahan dalam kerjaya, tetapi juga satu keutamaan untuk dirinya sebagai seorang bapa dan suami.

Menurutnya, jika ada peluang untuk berehat, dia ingin mengambil kesempatan itu untuk meluangkan masa bersama anak-anak.

“Banyak perkara yang perlu saya uruskan, hingga masa dengan keluarga jadi terhad.

“Bayangkan, untuk konsert Triad baru-baru ini, latihan sahaja memakan masa sembilan jam sehari selama dua bulan. Sampai bila? Usia pun makin meningkat, takkan saya nak terus bekerja seperti ini sampai umur 60 atau 70 tahun?” jelasnya.

Vokalis baharu Wings

Ketika ditanya mengenai pengganti dirinya, Awie berkata,  pihaknya akan meneliti perkara itu demi memastikan kualiti kumpulan yang telah bertahan selama lebih empat dekad ini terus terjaga.

“Saya akan menilai dengan lebih mendalam kerana Wings sudah menjadi satu jenama selama lebih empat dekad.

“Saya perlu memastikan penyanyi baharu itu benar-benar serasi dan mampu memberi keserasian yang kukuh dengan ahli lain.

“Saya reda dan tiada masalah jika ada pengganti yang lebih baik. Jika dia mampu meneruskan legasi Wings, silakan. Saya tidak tamak, yang paling penting bagi saya adalah melihat rakan-rakan seperjuangan bahagia.

“Kalau saya hanya fikirkan diri sendiri, sudah lama saya mengutamakan kepentingan peribadi,” ujarnya

Dalam pada itu, Awie turut mendedahkan beberapa perancangan untuk Wings dan juga karier solonya.

Antara yang sedang dirancang ialah konsert tribute solo, persembahan amal di beberapa penjara secara percuma, serta Festival Wings sempena ulang tahun ke-40 kumpulan itu, yang dijadualkan berlangsung pada bulan Oktober nanti.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Thu, 10 Apr 2025

Isu Pramugari Persoal Fasha Sandha Naik Kelas Ekonomi, Zeera Azizi Anggap Intonasi Punca Salah Faham

Kata Zeera, mungkin berlaku salah faham antara pramugari berkenaan dan Fasha pada ketika itu disebabkan penggunaan intonasi yang digunakan.

#tilljannah Fri, 27 Jan 2023

[VIDEO] Kongsi Majlis Sambut Menantu, Reen Rahim Geram Dengan Muka ‘Serius’ Adik Ipar – “Dia Ingat Dia Nak Pergi Perang Ke…”

Pelakon Reen Rahim telah menghadiri kenduri sambut menantu yang diadakan di kampung suaminya, Ahmad Nur Hazim Zainal Abidin di Sungai Besar, Selangor, baru-baru ini. Tular sebuah perkongsian yang dimuat naik oleh Reen atau nama sebenarnya […]

Trending Fri, 18 Feb 2022

#RoadToAJL36 – Sering Sertai AJL, Tapi Tak Ada Rezeki Menang… Ada Yang Sampai 7 Kali Join!

Bahang Anugerah Juara Lagu 36 (AJL 36) semakin dirasakan! 12 lagu yang bertanding pada 6 Mac 2022 ini bakal merebut gelaran juara dan pastinya ramai yang tak sabar menantikan anugerah muzik tahunan yang berprestij ini! […]

Hiburan Wed, 10 Oct 2018

Isteri Cantik Kenapa Jarang Tunjuk Di IG? Ini Alasan Paling Win Dari Isteri Jep Sepahtu

Macam-macam soalan ditanyakan pada artis ni erk…Pilihan masing-masing, ada yang gemar tayang pasangan, ada yang lebih ‘tertutup’. Tepuk dada, tanya selera!

Hiburan Thu, 22 Mar 2018

Wanna One Members Bow Heads and Apologise For Controversial Broadcast

South Korea’s top boy group, Wanna One was involved in a live controversial broadcast, and now they express apologies to all fans and netizens.

Trending Fri, 7 May 2021

Wajib Tonton… Jom Tengok 5 Iklan Raya Best Tahun Ini!

Setiap tahun, syarikat korporat di Malaysia pasti akan tampil dengan video kreatif sempena Aidilfitri. Bukan sekadar hiburan, kemunculan iklan raya turut dinanti seluruh rakyat Malaysia kerana mesej yang ingin disampaikan melalui setiap video diterbitkan. Meskipun […]

Hiburan Thu, 14 Jun 2018

Dari Jazz Ke Pop Balada, Noryn Aziz Tukar Selera?

Lebih menarik, ini merupakan kali pertama saya berduet menerusi single dan saya sangat teruja menunggu penerimaan peminat di luar sana.

Hiburan Mon, 8 Dec 2025
Hiburan Wed, 16 Jul 2025

Dakwa MSH Empire Difitnah, Cik Pia Tuntut Nilam Ortiz & Azlan Mohon Maaf & Bayar Ganti Rugi RM1 Juta

Cik Pia tuntut RM1 juta dan permohonan maaf secara terbuka terhadap Azlan, Nilam sehingga Jumaat ini

error: Content is protected !!