Euforia Bola 2026
Hiburan By: Aqilah Paharuzi November 16, 2024 @ 2:49pm

“Terima Kasih Vanessa Menyanyikan Lagu ‘Masihkah Ada Rasa Itu’ Secukupnya… Tiada Kurang Atau Berlebihan” – Misha Omar

Penyanyi tersohor, Misha Omar mengucapkan terima kasih kepada Vanessa Reynauld atas kesudiannya membawa lagu Masihkah Ada Rasa Itu di pentas Separuh Akhir Muzik Muzik (SFMM) ke-39.

Mempertaruhkan lagu hasil ciptaannya bersama komposer terkenal Sharon Paul, Misha memuji persembahan cemerlang yang disampaikan dengan penuh penjiwaan oleh Vanessa, selaku penyanyi gantian pada malam program tersebut, Khamis lalu.

“Terima kasih Vanessa kerana telah pun menyanyikan lagu ‘Masihkah Ada Rasa Itu’ secukup rasa, tiada yang kurang atau berlebihan.

“Tahniah Vanessa. Apa yang awak dah lakukan itu sebenarnya Kak Mitch (panggilan Misha) pun tak mampu nak buat sebab itu kita pilih awak,” katanya manis tersenyum.

@tv3malaysia

Masihkah Ada Rasa Itu nyanyian asal Misha Omar dan dinyanyikan oleh @vanessareynauld 🔥 Saksikan Muzik Muzik 39 Separuh Akhir, 14 & 15 November, 9.00 malam, di TV3 & strim juga melalui Tonton. Mulai 10-15 November, korang boleh menang Smart TV & tiket AJL tau! Nantikan.. #SFMM39 #RoadToAJL39

♬ original sound – TV3Malaysia – TV3Malaysia

Misha berkata demikian menerusi sebuah video yang dikongsikan di Instagram Story (IGs) miliknya pada Sabtu.

Sementara itu, pemenang Vokal Terbaik Anugerah Juara Lagu (AJL) ke-33 ini turut berterima kasih kepada pihak TV3, serta syarikat rakaman atas peluang tersebut.

“Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan tahniah kepada 10 buah lagu yang berjaya ke peringkat Anugerah Juara Lagu (AJL) ke-39.

“Dalam masa saya, saya juga ingin berterima kasih kepada pihak TV3, Sony Music Entertainment dan Alternate Records & Talent,” katanya.

Sebelum ini, penerbit SFMM39 Nurhul Huda Hj Khalid memaklumkan pihaknya menerima surat daripada syarikat rakaman, Sony Music Entertainment mengatakan Misha tidak membuat persembahan pada malam tersebut.

Difahamkan, keputusan dan pemilihan penyanyi gantian itu juga sudah ditetapkan oleh pihak Sony Music Entertainment.

Dalam pada itu, Huda turut mengatakan pihaknya ada berusaha untuk memujuk Misha, namun pada akhirnya segala keputusan terletak kepada label.

Artikel Berkaitan: Pertaruh Lagu Masihkah Ada Rasa Itu, Vanessa Reynauld Ganti Misha Omar Di SFMM39

Artikel Berkaitan: Penerbit Maklum Ada Terima Surat Dari Label, Misha Omar Mahu Move On… Bangga Lagu ‘Masihkah Ada Rasa Itu’ Bolos #SFMM39

Artikel Berkaitan: Tanda Apresiasi Peminat, Showcase ‘Back To Basic’ Bakal Imbau Perjalanan Karier Misha Omar Lebih 2 Dekad 

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Drama Mon, 7 Apr 2025

Siti Hariesa Cari ‘Isteri’ Baharu Untuk Jazmy Juma?

Saksikan drama Calon Isteri Buat Suami setiap Isnin hingga Jumaat, jam 7.00 malam

Featured Tue, 21 Jan 2025

Fattah Amin Persoal Tindakan Individu Puk*l Abang OKU – “Kenapalah Sekejam Ini Diperlakukan Sesama Manusia”

Fattah Amin tampil meluahkan rasa kesalnya dengan tindakan kejam individu berkenaan.

Hiburan Thu, 16 Nov 2023

Enggan Terjerat Cinta Lokasi, Sharifah Rose Utamakan Kerjaya

Oh Rose cari yang tak suka marah-marah tau!

Featured Sat, 11 Jun 2022

“Balik Dari Umrah Husband Nak…” – Puteri Sarah Liyana Dapat DM Tanya Soal Cerai, Dakwa Pihak Ketiga Reka Cerita

Sudah-sudah la ganggu rumah tangga orang 😌 Mungkin belum bertemu buku dengan ruas sebab tu banyak bunyik 👀 Apapun life must go on 🔥🔥🔥

Featured Fri, 27 Jan 2023
Featured Thu, 12 Jan 2023
Hiburan Wed, 10 Apr 2019

Hans Issac Dilantik Pengerusi FINAS, Tahniah!

Saya juga berharap agar ahli-ahli lembaga FINAS akan memberikan kerjasama yang penuh kepada Dato’ GeraldHans Isaac dalam melaksanakan pembaharuan berdasarkan hala tuju kerajaan

error: Content is protected !!