Euforia Bola 2026
Hiburan By: Aqilah Paharuzi October 7, 2024 @ 12:33pm

Terkilan Dituduh Tak Setia, Fattah Amin Nafi Curang – “Itu Tohmahan Untuk Cemarkan Nama Saya”

“Saya nafikan, itu tohmahan untuk mencemarkan nama saya,” demikian respons pelakon, Fattah Amin susulan dakwaan bekas isterinya, Nur Fazura mengatakan isu percurangan punca perceraian mereka.

Ketika ditemui XTRA, jelas terpancar kekesalan di wajah Fattah selepas Fazura mendakwanya curang.

“Saya nafikan benda itu, peguam dia (Fazura) sudah beritahu sebelum ini tiada kes curang, kenapa tiba-tiba ada kes curang?

“Itu semua saya nafikan. Saya pun ada bukti, itu tomahan untuk mencemarkan nama baik saya

“Sedangkan kita dah ada perjanjian sebelum saya lafaz tadi, sepatutnya menjaga aib masing-masing,” katanya.

Dalam pada itu, aktor berusia 33 tahun itu menegaskan punca perceraian mereka hanya disebabkan oleh tiada persefahaman serta mengakui dia tidak pernah gagal memberi nafkah.

“Saya terkejut dan sedih apabila ada kenyataan seperti itu daripada Fazura.

“Tiada persefahaman itu sahaja. Mengenai tidak berikan nafkah, saya ada bukti kenyataan bank yang menunjukkan transaksi semua ke keluarga.

“Tetapi mungkin itu tak cukup untuk dia,”katanya.

Pada 7 Oktober, Fattah Amin dan Nur Fazura sah bercerai talak satu pada jam 9:45 pagi tadi di Mahkamah Rendah Syariah Petaling, Subang Bestari, hari ini.

Sebelum Fattah melafazkan cerai, ketika diluar mahkamah, pasangan itu dilihat berbincang antara satu sama lain.

Terdahulu, status rumah tangga mereka didakwa bergolak selepas timbul dakwaan mengatakan wujud orang ketiga.

Bukan itu sahaja, konflik antara Fattah dan Fazura semakin menjadi bualan hangat selepas mereka sudah lama tidak kelihatan bersama mahupun saling berkongsi foto di mana-mana platform media sosial.

Fazura dan Fattah telah berkahwin pada 27 November 2017 dan dikurniakan seorang cahaya mata, Nur Fatima Aisya, 4.

Artikel Berkaitan: “Bertahun Sengsara! Kereta Range Rover Saya Bagi Dia Bawa Wanita Haram” – Curang, Abai Nafkah Antara Punca Cerai Fazura & Fattah Amin

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Events Tue, 20 Nov 2018

Barisan Penyanyi Nasyid Terkenal Di Hubbu Rasul 24 November Ini

Persembahan ini akan dihoskan oleh Imam Muda Nazrul serta membariskan artis-artis nasyid berkumpulan seperti Raihan & Rabbani, artis duo Mawi & Daly Filsuf (Ahli Fiqir), serta artis solo seperti Aris Ariwatan & Raqib Majid. Kemasukan adalah PERCUMA, jom meriahkan Hubbu Rasul.

Hiburan Thu, 20 Mar 2025

[VIDEO] Alunan Ning Baizura Mengaji Dipuji Merdu, Netizen Luah Rasa Syukur 

Ning Baizura mengaji dipuji merdu netizen fikir tak lalai

Events Sat, 22 Oct 2022

Persiapan Dah Berjalan 50%, Hael Husaini Bakal Adakan Konsert Solo Sulung Disember Ini

Buat julung kalinya penyanyi serba boleh tanah air, Hael Husaini akan mengadakan sebuah konsert berjudul Hael Husaini Live in KL (HHLIKL). Konsert yang direncanakan akan berlangsung pada 4 Disember 2022, jam 8 malam, bertempat di […]

Featured Fri, 30 Aug 2024
Featured Mon, 25 Aug 2025

“Ada Yang Nak Kahwin Tak Lama Lagi… Doakan Fazura & Nyamma Juga”- DJ Sonic

DJ Sonic turut mendoakan kebahagian pasangan lain yang didakwa bakal berkahwin tidak lama lagi.

error: Content is protected !!