Euforia Bola 2026
Hiburan By: Syamir Shafie October 15, 2023 @ 5:41pm

“Teruk Betul!” – Guna Bahasa Melayu Tunggang Terbalik, Soo Wincci Marah Scammer

Penyanyi yang kini bergelar ahli akademik, Dr Soo Wincci mengecam tindakan scammer yang menghantar pesanan secara terus kepadanya (direct-message) di laman media sosial Instagram.

Menerusi tangkap layar perbualan dengan scammer terbabit, Wincci mengkritik penggunaan bahasa Melayu yang salah.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Soo Wincci (@dr.soowincci)

“Hi scammer, anda guna Google Translate ya, sebab Melayu ini semua salah wei,” tulisnya.

Dalam pada itu, bekas Miss World Malaysia 2008 itu turut menyatakan bahawa bahasa Melayu yang digunakan oleh scammer merupakan terjemahan terus
daripada bahasa Cina (Mandarin).

“Teruk betul Bahasa Melayu scammer ini.

“Semua direct translation daripada Cina,” katanya di hantaran Instagram.

Menjengah ke ruang komen, rata-rata netizen menjadikan perkara terbabit sebagai bahan ketawa.

“Tatabahasa tongkang pecah.”

“Scammer pun nak PHD dah.”

“Emotional damage for scammer.”

“Hahaha… menjeda ek.”

“Bros Melayunese very translated.”

“Dr, scammer ni kena masuk sekolah balik nih, belajar tatabahasa bagi betul. Menangis cikgu BM baca ayat dia”

Malah, ada yang berseloroh dengan menyatakan bahawa scammer tersebut tidak lulus bahasa Melayu dan sebab itu bekerja sebagai scammer untuk menipu orang ramai.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Thu, 1 Jun 2023
Hiburan Sat, 31 Jan 2026

“Kalau Saya Diam, Siapa Lagi Nak Lindungi Dia?” – Sering Dikecam, Nur Fazura Pertahankan Fatima

Hati Nur Fazura terusik apabila anaknya, Nur Fatima Aisya sering dikecam.

Hiburan Sat, 25 Nov 2023

Siti Elizad Gagal IVF Kali Kedua, Tak Mahu Fikir Soal Anak Demi Jaga Kesihatan Mental

Belum ada rezeki.. Semoga dipermudahkan urusan Elizad & suami

Hiburan Sat, 18 Oct 2025
Hiburan Fri, 15 Dec 2017

MILIKI SENJATA? UNIC DITAHAN

UNIC telah berangkat ke Syiria bersama-sama Pihak Muslim Care Malaysia sejak 5 hari yang lalu. Sama-sama kita doakan perjalanan mereka disana.

Hiburan Tue, 21 Jan 2025
Hiburan Sat, 30 Aug 2025

“Didik Anak Dengan Agama, Adab & Akhlak Untuk Bendung Gejala Buli” – Neelofa

Sering jadi mangsa buli siber, Neelofa kongsi nasihat untuk keluarga

Featured Tue, 28 Jun 2022
error: Content is protected !!