Categories: #ThrowbackXTRA

#ThrowbackXTRA: Lalui Peralihan Zaman Kaset, CD & Digital… Shila Amzah Kongsi Cabaran Berdepan Dengan Peminat

Umum tahu, penyanyi Shila Amzah sudah menceburi industri muzik tanah air lebih daripada 20 tahun menerusi sebuah program realiti Bintang Kecil RTM.

Pernah melalui pelbagai peralihan zaman dalam industri, Shila tampil berkongsi cabaran yang pernah ditempuhinya sepanjang bergelar anak seni dalam segmen #ThrowbackXTRA minggu ini.

Menurut Shila, penerimaan peminat menjelang era tahun 2000 dan kini sangat berbeza selepas wujudnya media sosial.

Bahkan, pelantun lagu Memori Tercipta itu turut menyatakan kini dirinya sukar untuk mempunyai peminat setia berbanding dahulu dek kerana evolusi cara

“Saya melalui fasa di mana peminat hantar surat dekat syarikat rakaman. Dulu ingat lagi kena bawa balik guni surat. Dua era yang berbeza dari kaset dan CD ke zaman digital.

“Peralihan tu saya dapat lalui jadi ia sangat berbeza dari segi penerimaan peminat. Kalau dulu peminat nak jumpa sedar, jadi bonding tu lain.

“Kalau sekarang, nak minat cepat, untuk tak minat pun cepat. Kalau dulu peminat tak pandang sisi lain kita sebagai artis. Tapi sekarang ni kalau kantoi je apa-apa kat media sosial mereka akan terus benci dan kecam kita.

Fatin Nurain