Categories: Tips

Kalau Tak Nak Kulit Wajah Berminyak, Elak Daripada Melakukan 5 Perkara Ini!

Masalah kulit berminyak bukan sahaja dihadapi oleh golongan wanita; golongan lelaki juga tidak terkecuali. Pasti merimaskan!

Sebenarnya, persekitaran yang terdedah dengan kotoran adalah salah satu punca mengapa masalah ini berlaku. Tapi, bukan sebab itu sahaja ya, cara penjagaan wajah yang tidak betul juga menjadi salah satu puncanya.

Jom kita lihat antara perkara yang menyebabkan kulit berminyak yang mungkin anda kerap lakukan selama ini.

1. Terlalu kerap cuci dan skrub wajah

Foto: Ledisia.com

Mungkin ramai yang menganggap mencuci wajah menggunakan teknik skrub secara kerap boleh menghilangkan masalah kulit wajah. Hakikatnya, cara ini hanya membuatkan wajah lebih berminyak, kasar dan sensitif!

Sebaiknya, cuci wajah dua kali sehari iaitu pada waktu pagi dan sebelum tidur. Manakala, skrub pula hanya diamalkan dua kali seminggu sahaja. Bilas dengan air suam selepas itu.

2. Biar peluh kering sendiri

Foto: Tips – Petua

Untuk pengetahuan anda, antara punca kulit sensitif adalah peluh. Walaupun peluh boleh menyejukkan badan tapi ia tak bermaksud anda harus biarkan ia kering begitu sahaja. Segeralah bersihkan wajah dengan tuala atau tisu basah agar segala kekotoran degil tidak melekat di wajah.

3. Suka picit jerawat

Foto: Wanista

Anda perlu jauhkan tabiat picit jerawat ini, ya! Tabiat ini akan meninggalkan parut dan akhirnya menyebabkan kulit wajah menjadi kusam. Sebaiknya, sapukan krim jerawat agar ia cepat mengecil.

4. Tak bilas syampu betul-betul

Foto: Ctvnews.com

Apabila anda syampu rambut, pastikan buih tidak melekat pada kulit wajah. Buih tersebut mengandungi kotoran yang disingkirkan daripada rambut, malah kandungan bahan pelembap di dalam syampu juga boleh membuatkan kulit wajah semakin berminyak.

5. Menggunakan sabun buku untuk wajah

Foto: Twitter

Sabun buku berpotensi menjadi tempat bakteria atau kotoran berkumpul kerana ia terdedah dan telah disentuh oleh ramai orang. Sebaiknya, anda belilah pencuci wajah khas untuk mengatasi masalah kulit berminyak.

Lepas ini, pastikan anda sentiasa alert dengan perkara-perkara yang telah penulis terangkan di atas. Jagalah kulit wajah anda agar kekal cantik dan berseri. Semoga bermanfaat!

Sumber: Remaja

tex_admin