Euforia Bola 2026
Trending By: Aqilah Paharuzi February 14, 2024 @ 2:26pm

Trend ‘Shuffle’ Jadi Sumber Inspirasi, Aril Pilus ‘Comeback’ Menerusi Lagu Tak Sempurna Dalam Konsep EDM!

Sekian lama menyepi, penyanyi dan selebriti, Aril Pilus akhirnya tampil dengan single pop terbaharu berjudul ‘Tak Sempurna’.

Lagu yang diterbitkan oleh Rocketfuel Entertainment itu merupakan hasil sentuhan bersama komposer berbakat Justin Seow, manakala lurik ditulis oleh Asyraf Nasir.

Mengulas lebih lanjut mengenai single Tak Sempurna, Aril atau nama lengkapnya Khairil Azam Pilus berkata lagu berentak pop EDM ini tercetus selepas trend tarian ‘shuffle’ kembali meledak di media sosial.

Meskipun rentak lagu Tak Sempurna ini rancak, Aril berkata dia mahu menyuntik semangat dalam kalangan anak muda menerusi bait-bait liriknya.

“Baru-baru ini tular di media sosial dimana trend tarian ‘shuffle’ kembali diminati ramai, saya dahulunya seorang ‘shuffler’ dan mempunyai pengikut ramai di dalam serta luar negara.

“Jadi saya ambil kesempatan ini untuk menghasilkan sebuah karya berentak pop EDM dan berhasrat menghasilkan festival EDM, selain mempromosikannya.

“Lagu ini membawa maksud ‘kebangkitan semula’, sentiasa berjalan mara ke hadapan, apabila kita jatuh, bangkitlah semula dan jangan menyerah kalah kerana kita semua tidak sempurna.

“Walaupun rancak, liriknya lebih memberi motivasi dalam membangkitkan semangat,” katanya.

Jelasnya lagi, Aril turut bekerjasama dengan penyanyi rap, Nigel Sparks untuk mendapat pandangan peribadinya serta menambah baik lagu yang mula dicipta sejak awal bulan Julai, tahun lalu.

“Tidak ramai yang memahami konsep muzik EDM ini dan yang menjiwainya sahaja akan faham, selain saya, saya turut menjemput penyanyi rap tanah air, Nigel Sparks untuk menambah flavour ke dalam karya ini dan hasilnya amat memuaskan hati.

“Saya anggap lagu ini ibarat comeback saya ke dalam industri muzik, dan bukan saya sahaja, malah untuk komuniti tarian ‘shuffle’ serta penggemar muzik EDM,” ujarnya lagi.

Aril Pilus

Bercerita mengenai perkembangannya dalam industri seni, Aril berkata dia masih menerima jemputan untuk menyanyi, menjadi pengacara, serta baru sahaja tamat pengajian dalam Sarjana Muda Pengurusan Industri Kreatif di Universiti Utara Malaysia (UUM).

“Alhamdulillah, saya masih lagi menerima tawaran untuk melakukan persembahan nyanyian, emcee (pengacara majlis) dan program TV, serta giat menjalankan aktiviti perniagaan yang saya usahakan iaitu kopi foodtruck.

“Saya juga kembali ke universiti kerana ingin memantapkan pengetahuan dalam bidang seni.

“Sebagai seorang pengusaha kreatif, kita perlu menimba ilmu kerana apabila karya-karya yang dihasilkan, ianya bermutu dan mempunyai nilai.

“Saya berharap agar lagu ini mendapat sambutan dan diterima ramai, dan lagu ini juga mempamerkan sisi saya yang berbeza yang ramai tidak tahu di luar sana bahawasanya suatu ketika dahulu saya merupakan ‘shuffler’ yang disegani,” tambahnya lagi.

Setakat ini, video muzik (MV) bagi single lagu Tak Sempurna masih dalam proses perbincangan dan berkemungkinan hanya lirik videonya sahaja yang bakal dilancarkan.

‘TAK SEMPURNA’ boleh dimuat turun di iTunes dan boleh didengar pada bila-bila masa melalui aplikasi penstriman atas talian seperti Joox, KKBox, Spotify, Deezer, Apple Music dan juga YouTube Music.

Artikel Berkaitan: Gara-Gara ‘Jobless’, Aril Pilus Akui Pernah Kena Anxiety – “Nak Kekal Lama Dalam Industri Kena…”

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Aril Pilus Terkedu & Sebak Isteri Buat Surprise Hamil Anak Kedua – “After 8 Years Waiting…Doa Kami Allah Dengar”

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Mon, 6 Mar 2023
Trending Fri, 16 Oct 2020
Featured Mon, 27 Oct 2025

“Terima Kasih Hantar Seorang Insan Yang Dapat Beri Cinta Sejati Pada Dia” – Erma Fatima Sebak Lihat Fattah Amin & Amira Othman

Erma bersyukur kerana Allah menghadirkan seorang insan yang dapat memberi cinta dan kebahagiaan buat Fattah.

Trending Tue, 13 Mar 2018

Anak Jutawan Turki Maut Dalam Nahas Udara

Ketika kejadian, pesawat persendirian itu dalam perjalanan menuju Istanbul dari Sharjah, selepas Mina dan tujuh lagi rakannya bercuti di Emiriah Arab Bersatu (UAE), bagi meraikan majlis perkahwinannya.

Trending Wed, 21 Oct 2020
Trending Fri, 16 Aug 2019

This Model is So Ridiculously Perfect that It’s Becoming Disturbing!

Before we start anything, just take a look at these shots!       View this post on Instagram     Shudu X @wwd X @itsclo3d . . Styled by @thealexbadia Dress by @thegreateros_ Article […]

Featured Fri, 17 Mar 2023
Hiburan Wed, 1 Apr 2026
error: Content is protected !!