Categories: Trending

Acara Langsung Dibenarkan Dengan Kapasiti Penonton Adalah Terhad – Ismail Sabri

Menurut Menteri Kanan Keselamatan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob ketika sidang media harian pada Selasa memaklumkan bahawa, kelonggaran bagi industri kreatif  untuk mengadakan acara langsung dengan kehadiran penonton kini dibenarkan.

 

Perkara tersebut turut dikongsi menerusi Facebook Majlis Keselamatan Negara ketika membincangkan mengenai status terkini Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat  (PKPB) dan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP).

 

Bagaimanapun, acara langsung dengan kehadiran penonton adalah bagi kawasan yang dikenakan PKPB dan PKPP sahaja.

“Mesyuarat bersetuju selepas mendengar permohonan Kementerian Komunikasi dan Multimedia. Hanya 50 peratus kehadiran dibenarkan dan SOP haruslah dipatuhi” katanya.

 

Acara langsung ini termasuklah, program rasmi kerajaan televisyen, seni muzik, seni tari, persembahan kebudayaan dan warisan serta Live streaming.

 

Sumber : Facebook

 

Kerajaan juga turut membenarkan penggambaran di luar studio terutamanya bagi kawasan PKPB dan PKPP bergantung kepada operasi standard (SOP) yang ditetapkan oleh Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS).

Salma Syahbuddin