Categories: Trending

Agong Sanggup Pandu Kereta Sendiri Demi Roti Tempayan

Memetik laporan Facebook Istana Negara, Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah sempat singgah di sebuah kedai roti tempayan di Pekan untuk menikmati santapan semalam.

Malah, beberapa gambar Seri Paduka sempat dirakam ketika menikmati roti tempayan yang dihidangkan tanpa sebarang protokol.

Sumber : Facebook

Dimaklumkan baginda ketika itu dalam perjalanan pulang dari Program Ziarah Kurniaan Ampun Kasih ke Kompleks Asnaf Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang (MUIP)yang menempatkan 40 individu kurang bernasib baik.

Sumber : Facebook

Pada kunjungan itu, baginda turut meninjau keadaan asrama dan mengurniakan beberapa sumbangan kepada penghuni kompleks yang menempatkan penghuni berusia antara dua tahun hingga 95 tahun.

Sumber : Facebook

Dan, apa yang paling menggembirakan penghuni kompleks tersebut adalah, mereka berpeluang dapat berjumpa Seri Paduka Baginda sendiri.

Salma Syahbuddin