Categories: Trending

Agong Titah Masjid Seluruh Negara Buat Solat Hajat, Doa Selamat

Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin AlMustafa Billah Shah hari ini, menitahkan semua masjid di seluruh negara mengadakan solat hajat dan doa selamat agar penularan wabak Covid-19 di negara ini dapat dibanteras dengan segera.

Malah, Baginda menitahkan demikian susulan penguatkuasaan semula Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di seluruh Sabah, Selangor, Kuala Lumpur serta Putrajaya diikuti kewujudan beberapa kluster baharu di Kedah, Perak, Negeri Sembilan dan Labuan.  

Justeru itu, baginda juga menasihati agar seluruh rakyat Malaysia terus bertanggungjawab dalam mematuhi SOP yang telah ditetapkan demi keselamatan dan kesejahteraan negara.

Sumber : BH Online

Salma Syahbuddin