Categories: Trending

Tak Sampai 24 Jam Muatnaik Status Tawan Gunung Rinjani, Gadis Ini Pergi Menghadap Illahi…

Kurang daripada 24 jam memuat naik status berjaya menawan Gunung Rinjani, gadis bernama Siti Nur Ismawida meninggal dunia di kaki gunung popular itu.

Tulisan terakhir Allahyarham berbunyi, “ I DID IT!!,” dimuatnaik pada jam 9.20 malam semalam.

Allahyarham merupakan salah seorang mangsa yang terkorban dalam kejadian gempa bumi kuat di Nusa Tenggara Barat dan Lombok pagi Ahad.

Jenazah mangsa berumur 30 tahun itu kini dilaporkan ditempatkan di Klinik Sembalun, Lombok.

Timbalan Duta Besar Malaysia di Indonesia Zamshari Shaharan berkata pihak kedutaan sedang mendapatkan maklumat lengkap berhubung kejadian itu.

Menurut Zamshari terdapat 150 pelajar Malaysia di Lombok dan mereka dilaporkan selamat.

Menurut media Indonesia, setakat ini 10 mangsa dilaporkan terkorban dalam kejadian gempa itu, manakala puluhan rumah dan bangunan dilaporkan rosak.

Gempa bumi kuat berukuran 6.4 Skala Richter menggoncang wilayah Nusa Tenggara Barat dan Lombok pukul 5.47 pagi Ahad menyebabkan penduduk kawasan itu dilaporkan bertempiaran meninggal kediaman dan bangunan.

Gunung berapi Rinjani di Pulau Lombok yang popular dalam kalangan pelancong dan pendaki juga ditutup kerana dilaporkan berlaku kejadian tanah runtuh.

SGMS Faida