Categories: Trending

Al-Fatihah…Jenazah Adib Akan Dikebumi Penuh Istiadat Bomba

Jenazah Muhammad Adib Mohd Kassim akan dikebumikan dengan penuh istiadat kebombaan.

Penghormatan itu diberikan terhadap anggota bomba berusia 24 tahun di kampung halamannya di Tebengau, Kuala Kedah.

Menurut Pemangku Pengarah Bomba Kedah, Mohd Zahar Abdullah, jenazah Muhammad Adib dijangka tiba di rumahnya pagi Selasa (hari ini) selepas selesai urusan bedah siasat di Hospital Kuala Lumpur (HKL).

” Ratusan anggota bomba dari Kedah, Perlis dan Pulau Pinang telah diarahkan hadir bersama-sama pegawai kanan dalam penghormatan terakhir buat Muhammad Adib.

“Mereka akan memakai pakaian lengkap serta songkok Bomba,” katanya lewat malam tadi.

Muhammad Adib disahkan meninggal dunia pada jam 9.41 Isnin malam selepas tiga minggu bertarung nyawa akibat cedera parah dipercayai dipukul dalam insiden rusuhan di Kuil Sri Maha Mariamman, Seafield pada 27 Nov lalu.

SGMS Faida