Categories: Trending

Aduhai…Bayi Baru Lahir Dijumpai Dalam Tong Sampah!

Sedangkan haiwan pun sayangkan anak, inikan manusia yang dikurniakan akal fikiran! Pelik sungguh dengan sifat segelintir manusia tidak berperikemanusiaan sehingga sanggup membuang anak sendiri.

Apapun, kes pembuangan bayi bukanlah isu baru di negara ini. Pendek kata, semakin menjadi-jadi…

Kes terbaru melibatkan seorang bayi lelaki yang dijumpa di dalam tong sampah di Pusat Komersial Seksyen7, Shah Alam, pagi tadi.

Lebih menyayat hati bayi malang itu dijumpai dalam keadaan diletakkan dalam plastik putih serta dibalut dengan surat khabar.

Bayi yang baru dilahirkan tidak sampai 24 jam itu dijumpai oleh pekerja yang sedang memungut sampah pada jam 7.51 pagi.

Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Baharudin Mat Taib berkata, siasatan mendapati mayat bayi itu dalam keadaan sempurna, tidak berbau dan masih bertali pusat.

“Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) memaklumkan sampah sememangnya diangkut setiap hari di kawasan berkenaan,” katanya di sini, hari ini.

Kata Baharudin, pihaknya masih menjalankan siasatan lanjut mengikut Seksyen 318 Kanun Keseksaan kerana menyembunyikan kelahiran dan menyebabkan kematian.

“Mayat bayi itu dihantar ke Hospital Shah Alam dan bedah siasat akan dilakukan esok bagi mengetahui punca kematiannya,” katanya.

Sehubungan itu, polis meminta kerjasama orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat mengenai kejadian supaya tampil menyalurkannya ke balai polis berdekatan.

 

SGMS Faida