Categories: Cahaya MataTrending

“Alhamdulillah Rezeki Lagi” – Izreen Azminda Hamil Anak Ke-4

Pelakon Izreen Azminda berkongsi berita gembira memaklumkan dia kini sedang hamil anak keempat.

Perkongsian tersebut dibuat menerusi hantarannya di Instagram, Izreen memuat naik foto bersama tiga anaknya dan memaparkan fizikalnya yang kini sedang mengandung.

“Alhamdulillah rezeki lagi Allah nak bagi tahun ni… Ali (anak ketiga) jangan teriak nak… awak pun dah nak jadi abang,” katanya.

Dalam pada itu, Izreen turut mendoakan untuk para wanita yang sedang ikhtiar untuk hamil diberi rezeki anak suatu hari nanti.

“Bagi yang tengok gambar ni… kami doakan buat ampa semua pejuang-pejuang TTC supaya dikurniakan malaikat- malaikat kecil satu hari nanti insyaAllah… doa itu senjata,” tulisnya.

Untuk rekod, Izreen berkahwin dengan pemuzik bebas, Ude Wahid pada 8 Ogos 2017.

Hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan dua orang anak iaitu Aaron Ibrahim dan Ali Idrees.

Manakala, menerusi perkahwinan pertama Izreen dengan pengarah, Muhammad Riza Baharudin dia memiliki seorang anak iaitu Adrian Umar.

Artikel Berkaitan: Selamat Bersalin, Izreen Azminda & Ude Dapat Baby Boy Lagi

Artikel Berkaitan: Asalkan Sihat, Izreen Azminda Idam Anak Perempuan

Artikel Berkaitan: “Kes Mahkamah Hampir Selesai” – Bakal Beri Kenyataan Rasmi, Izreen Azminda Mohon Ruang

 

Atiqah Johari