Categories: Trending

Angka Jangkitan Covid-19 Dijangka Cecah 1,300 Sehari Menjelang Hujung Oktober

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah memaklumkan, angka jangkitan Covid-19 berisiko mencecah sehingga 1,300 kes sehari menjelang Oktober ini.

Ini dapat dilihat berdasarkan nilai R0 atau kebolehjangkitan semasa yang berada pada kadar 1.5, angka tersebut akan meningkat sekiranya pematuhan SOP gagal dilaksanakan.

Gelombang ketiga lebih mencabar

Beliau mengakui bahawa gelombang ketiga wabak Covid-19 di Malaysia ini sememangnya lebih mencabar walaupun semua pihak telah bersedia.

Bagaimana pun, kes harian Covid-19 dijangka masih akan meningkat tetapi bukan secara mendadak.

Untuk mengetahui dengan lebih lanjut mengenai info terkini Covid-19 jangan lupa saksikan Buletin Utama menerusi LIVE TV di www.xtra.com.my ATAU Youtube Buletin Utama

Salma Syahbuddin