Categories: Trending

Arill Fesol Pertaruhkan “Bersangka” Demi Peminat

Sebagai pembuka lembaran seninya pada tahun 2021 dan cubaan memacu kembali kerjaya nyanyiannya, Arill Fesol bakal muncul dengan single terbaharunya berjudul “BERSANGKA”.

Menyifatkan single keduanya ini adalah percubaannya dalam membina nama  dalam industri muzik, Arill berkata, “Baru sahaja buat kemunculan semula pada tahun 2019. Namun akibat penularan pandemik COVID-19 pada tahun lepas, tidak banyak kegiatan seni yang boleh saya lakukan sekali gus membantut usaha saya dalam membina semula nama saya dalam industri muzik Malaysia”.

“Harapan saya agar lagu ini akan diterima baik oleh pendengar muzik di luar sana. Mudah-mudahan lagu ini mampu memeriahkan lagi industri muzik Malaysia dalam masa-masa sukar seperti ini,” jelasnya.

Single “BERSANGKA” terbitan Permata Muzik Records dan edaran Warner Music Malaysia ini boleh didapati di kesemua pelantar digital seperti Spotify, iTunes, KKBox , Deezer, Joox dan juga Apple Music bermula 29 JANUARI 2021

Attiqah Mohd

""Above all, she is the girl who 'feels' things, who has hung on to the freshness and pain of adolescence, the girl ever wounded, ever young.”