Categories: Trending

Awal Ashaari Fail Tuntutan Balas Ganti Rugi Sebanyak RM750,000

Pelakon dan pengacara Melodi, Awaal Ashaari memfailkan tuntutan balas menuntut ganti rugi sebanyak RM750,000 daripada syarikat Naz Empire Sdn Bhd.

Awal Ashaari atau nama sebenarnya, Ahmad Awaluddin Ashaari, 39,  menuntut semula wang pendahuluan RM100,000 dan kos baik pulih sebanyak RM650,000 serta faedah selain kos dan relif lain yang difikirkan sesuai oleh mahkamah.

Menurut Awal, pada 25 Julai 2019 lalu kedua-dua pihak telah memeterai kontrak yang menyaksikan pelakon itu melantik Naz Empire sebagai kontraktor bagi kerja-kerja pengubahsuaian yang perlu diselesaikan pada 8 Feb 2020.

Sumber : Instagram @awalashaari

Namun, Naz Empire juga gagal untuk melakukan kerja-kerja pengubahsuaian seperti yang dijanjikan.

” Saya akhirnya memberi Naz Empire dua pilihan sama ada menyiapkan kerja-kerja itu tanpa menerima pembayaran tambahan atau syarikat itu menghentikan kerja-kerja tersebut dan memulangkan wang pendahuluan RM80,000 daripada RM100,000 yang telah diberikan kepada Naz Empire” katanya.

Sumber : Instagram @awalashaari

Sehinggalah, Awal sekali lagi meminta syarikat terbabit untuk memulangkan RM80,000 daripada pendahuluan yang telah dibayar sebagai kos ganti rugi untuk melantik kontraktor baharu tetapi masih gagal.

Sementara itu, peguam Azlan Abdul Razak yang mewakili Awal ketika dihubungi berkata mahkamah menetapkan 27 Jan 2021 untuk pengurusan kes.

Apapun, diharap kes ini dapat diselesaikan segera okay!

Salma Syahbuddin