Trending By: Salma Syahbuddin September 8, 2023 @ 4:10pm

Azmi Saat Kongsi Berita Gembira, Isteri Kini Hamil 7 Bulan – “Habit Dia, Suka Sangat Tidur Atas Lantai”

Penyanyi dan juga ahli Kumpulan Caliph Buskers, Azmi Saat berkongsi berita gembira selepas memaklumkan isterinya, Nazirah Muhammad kini sedang hamil.

Kata Azmi, usia kandungan isterinya itu telahpun menjangkau 7 bulan dan bayi dijangka akan dilahirkan pada November depan.

Bersyukur dengan rezeki yang diberikan Tuhan selepas hampir dua tahun pemergian anak pertamanya, Khairul Afnan,  Azmi memaklumkan dia dan isteri telahpun mempunyai nama untuk anak keduanya itu.

“Alhamdulillah kami diberikan rezeki anak yang kedua selepas dua tahun pemergian anak yang pertama. 

“InshaaAllah bulan November ni bayi dijangka akan dilahirkan, nama pun dah ada cuma tak boleh reveal lagi,” katanya.

Memetik laporan mStar, Azmi sempat berkongsi alahan pelik yang dialami isterinya termasuklah tidak boleh tidur diatas tilam sebaliknya lebih gemar dan berasa selesa tidur di atas lantai.

“Selain sakit-sakit seperti yang dialami kebanyak wanita, yang peliknya isteri saya dia tak boleh tidur atas tilam. Kalau tak lena, isteri akan turun daripada katil dan tidur di atas lantai yang tak ada karpet.

“Kadang-kadang saya kesian sebab bila saya nak ke toilet, saya terlanggar sebab tak tahu dia tidur kat atas lantai,” jelasnya.

 

Terdahulu, pada 27 September 2021, anak sulung Azmi menghembuskan nafas terakhir akibat masalah di otak.

Bagaimanapun, pasangan ini reda dengan ketentuan Tuhan walaupun kedua-duanya menantikan kehadiran cahaya mata sejak 10 tahun usia perkahwinan.

ARTIKEL BERKAITAN:Baru Berusia 3 Hari, Anak Azmi Saat Meninggal Dunia – “Afnan, Tunggu Kami Di Syurga Ya”

ARTIKEL BERKAITAN:“Tak Mahu Emosi Terganggu” – Isteri Azmi Saat Masih Terkesan Dengan Pemergian Anak Sulung

 

Sumber: mStar

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Tue, 15 Oct 2024

Ahli Kumpulan Hijjaz Nafi Bakal Nikahi Ina Naim

Orang tu dah anggap Ina macam adik sendiri tau… Tak baik!

Featured Fri, 5 Mar 2021
Hiburan Mon, 3 Jul 2023

Pernah Dicurangi, Daiyan Trisha Trauma Nak Bercinta Lagi

cantik cantik pun kena curang hm sian Daiyan 😢

Hiburan Wed, 17 Apr 2024
Hiburan Mon, 8 Dec 2025
Featured Fri, 11 Apr 2025
error: Content is protected !!