Categories: Trending

Bakal Buat 3 Majlis Berbeza, Persiapan Kahwin Uqasha Senrose & Kamal Adli Hampir Siap 80%

Pelakon cantik, Uqasha Senrose, 29, dan Kamal Adli, 35, mengakui persiapan perkahwinan mereka hampir siap 80 peratus namun, tarikh perkahwinan kedua-dua selebriti ini masih tidak didedahkan kepada umum.

Difahamkan, pasangan ini memilih sebuah pusat peranginan sebagai lokasi majlis akad nikah dan resepsi hari bahagia mereka kerana mahukan sesuatu yang berbeza sebagai momen indah dalam hidup pasangan ini.

Menurut Uqasha Senrose atau nama sebenarnya Nik Zaris Uqasha Nik Sen, persiapan untuk majlis perkahwinan sudah hampir 80 peratus . Dan, majlis akan diadakan pada tiga peringkat iaitu, majlis pertama khas untuk keluarga, teman rapat dan media,  majlis kedua pula untuk rakan artis. Manakala, majlis ketiga pula diadakan untuk meraikan peminat yang banyak menyokong mereka.

Harap kes Covid-19 semakin baik

Sumber : instagram @uqashasenrose2

Memetik laporan Berita Harian, Uqasha dan Kamal Adli sepakat memilih sebuah pusat peranginan tanah tinggi untuk diijabkabulkan dan berharap keadaan Covid-19 di negara ini semakin baik agar  tiada masalah untuk  aktiviti merentas negeri.

“Alhamdulillah, persiapan majlis perkahwinan kami dipermudahkan. Setakat ini, persiapan untuk majlis pertama sudah hampir 80 peratus siap. 

“Bagaimanapun, perancang perkahwinan sangat menitik beratkan soal pematuhan prosedur operasi standard (SOP). Tetamu untuk setiap majlis sangat terhad bagi tidak melanggar SOP, malah lokasi pertama hanya 350 tetamu yang dibenarkan,”

Tambahnya lagi, dengan jadual yang padat persiapan majlis perkahwinan terpaksa diuruskan secara berasingan.

“Saya dan Kamal terikat dengan jadual penggambaran. Bagi melancarkan persiapan perkahwinan, kami terpaksa menguruskannya secara berasingan”

Berharap semuanya dipermudahkan..

Sumber : instagram @uqashasenrose2

Bagi pasangan Uqasha dan Kamal Adli, dalam sibuk menyiapkan urusan perkahwinan mereka juga berharap agar peminat sentiasa mendoakan segala urusan mereka dipermudahkan terutamanya pada ketika negara sedang berdepan krisis Covid-19.

“Harapan saya, keadaan Covid-19 semakin reda apabila tiba waktu kami diijabkabulkan. Jadi, tiada masalah untuk tetamu merentas negeri”

Terdahulu, hubungan kedua-dua pasangan ini mula dihidu netizen apabila keduanya dilihat semakin akrab ketika bergandingan dalam sebuah drama terbitan pengarah Michael Ang.

Salma Syahbuddin