Categories: Trending

Bantuan Khas Aidilfitri Diberikan Buat Penjawat Awam Dan Pesara Mulai 20 Mei

Hargailah jasa para petugas barisan hadapan dan penjawat awam kita yang gigih berusaha dan bekerja demi negara tercinta..

Kerajaan mengumumkan akan memberikan bantuan khas Aidilfitri kepada pegawai perkhidmatan awam Persekutuan gred 56 ke bawah dan pesara kerajaan pada 20 Mei ini.

Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam, Datuk Mohd Khairul Adib Abd Rahman, berkata pegawai perkhidmatan awam akan menerima sebanyak RM500 dan pesara kerajaan sebanyak RM250.

Bantuan buat guru interim dan pemandu

Katanya, bantuan khas Aidilfitri ini juga akan dipanjangkan kepada guru interim, pemandu yang dilantik sendiri oleh pegawai yang tidak disediakan pemandu oleh jabatannya.

Malah, pesara kerajaan yang memilih skim pencen dan penerima pencen terbitan akan dibayar RM250 manakala pesara yang dilantik semula secara kontrak akan menerima RM500.

“Bagi pegawai perkhidmatan awam yang meninggal dunia pada 20 Mei juga layak menerima RM500 yang akan dibayar oleh jabatan terakhir dia berkhidmat,” katanya.

Kerajaan turut memperuntukkan sebanyak RM855 juta bagi bantuan tersebut.

Semoga dengan bantuan ini, dapat meringankan lagi beban para penjawat awam dan para pesara. Semoga di bulan puasa ini kita semua memperoleh rezeki yang halal. Amin.

Untuk info lanjut, tonton video di bawah:

Attiqah Mohd

""Above all, she is the girl who 'feels' things, who has hung on to the freshness and pain of adolescence, the girl ever wounded, ever young.”