Categories: Trending

“Banyak Kelonggaran Akan Dibenarkan Bermula Minggu Pertama Jun Jika……,” – Dr Noor Hisham

Sebarang sekatan beberapa sektor seperti sektor pendidikan dan aktiviti sosial yang dilakukan ketika Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) akan mula dilonggarkan dalam masa terdekat sekiranya kes Covid-19 di negara kita kekal pada dua angka bernilai rendah atau satu digit.

Perkara ini diberitahu sendiri oleh Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah  semasa sidang media harian Covid-19 pada 28 Mei. Sebarang keputusan akan diberitahu pada minggu pertama Jun.

“Jika kita dapat mengekalkan (situasi sekarang) sehingga 9 Jun dan mengambil kira musim perayaan, mungkin kita akan buka lebih banyak sektor sosial dan pendidikan,” jelasnya.

Namun, beliau juga meminta agar rakyat bekerjasama dengan pihak berkuasa agar  wabak ini tidak menular sekiranya perubahan dasar diumumkan kelak. Kes yang melibatkan rakyat Malaysia menunjukkan penurunan dan peningkatan kes kebelakangan ini disumbang oleh warga asing.

“Jika kita boleh tangani kedua-dua kumpulan,  kita boleh turunkan lagi jumlah kes selain melihat sama ada musim perayaan ini membawa impak jangkitan membabitkan rakyat Malaysia,” katanya.

Dr Noor Hisham berkata perubahan strategi daripada PKP kepada PKPB menunjukkan kejayaan yang turut disumbang oleh komitmen masyarakat.

Semoga orang ramai akan terus mematuhi prosedur operasi standard yang ditetapkan kerana tangggungjawab, disiplin serta mematuhi arahan yang dikeluarkan amat penting bagi memutuskan rantaian jangkitan COVID-19 di negara ini.

Aisyah Badrul

Shes got a 70s head but shes a modern lover