Categories: FeaturedTrending

Bayaran Geran Khas Prihatin Tambahan Mulai 25 Mac Ini, RM 500 Buat PKS Mikro..

Bayaran bagi semua perusaha kecil sederhana di bawah Geran Khas Prihatin Tambahan akan bermula 25 Mac ini.

Menurut Menteri Kewangan, Senator Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz, bayaran tersebut melibatkan implikasi kewangan sebanyak RM883 juta dan hampir 900,000 PKS mikro akan menerima bantuan berkenaan.

“Pembayaran akan dikreditkan terus ke akaun bank yang didaftarkan dalam sistem GKP dan semakan status kelulusan boleh dibuat mulai 24 Mac di Portal GKP, iaituhttps://gkp.hasil.gov.my,” katanya menerusi akaun Facebook miliknya pada Isnin.

Katanya, PKS mikro yang berada di negeri bukan PKP pula akan menerima sebanyak RM500.

“GKP Tambahan ini bertujuan meringankan beban kewangan perniagaan ekoran penularan wabak Covid-19 di samping meningkatkan produktiviti pengeluaran dan perkhidmatan PKS mikro.

Di bawah Pakej Bantuan Perlindungan Ekonomi dan Rakyat Malaysia (Permai), beliau berkata, kerajaan telah mengumumkan bantuan kewangan secara one-off sebanyak RM1,000 melalui Geran Khas Prihatin (GKP) Tambahan kepada PKS mikro di 12 negeri Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) berkuat kuasa pada bulan Januari dan Februari lalu.

Attiqah Mohd

""Above all, she is the girl who 'feels' things, who has hung on to the freshness and pain of adolescence, the girl ever wounded, ever young.”