Categories: FeaturedTrending

Bazaar Ramadan Ditutup Sekiranya…

Penganjuran bazar Ramadan pada tahun ini ternyata mengubati kerinduan kemeriahan suasana pada tahun lalu.

Namun begitu, menurut Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Adham Baba, penganjuran bazar Ramadan akan ditutup sekiranya terdapat kluster jangkitan COVID-19 yang melibatkan peniaga dan pengunjung.

“Kalau kluster bazar wujud, ia mesti tutup.

“Kami akan melakukan siasatan menerusi aplikasi MySejahtera bagi mendapatkan punca atau tempat bermulanya jangkitan tersebut.

“Sekiranya penganjur tidak bertanggungjawab, tindakan akan diambil,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas melancarkan buku “Malaysia Health Sector Response To COVID-19 Pandemic – Perspectives From The Field” di Pejabat Menteri Kesihatan pada Khamis.

Sumber : BH

Attiqah Mohd

""Above all, she is the girl who 'feels' things, who has hung on to the freshness and pain of adolescence, the girl ever wounded, ever young.”