Categories: Trending

“Beberapa Sektor Ekonomi Akan Dibuka Semula Secara Berperingkat” – Perdana Menteri

Perdana Menteri, YAB Tan Sri Muhyiddin Yassin telah mengumumkan perutusan khas melalui sidang media sekitar jam 4 petang tadi bahawa tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) akan dilanjutkan dua minggu lagi iaitu bermula pada 15 April hingga 28 April.

Tempoh itu dilanjutkan bagi mengawal penularan wabak COVID-19 sekaligus memutuskan rantaian Covid-19 sepenuhnya.

Beberapa Sektor Ekonomi Dibuka Berperingkat

Dalam perutusan tersebut juga, Tan Sri Muhyiddin memaklumkan kerajaan telah bersetuju supaya beberapa sektor ekonomi yang dipilih akan dibuka secara berperingkat.

Namun begitu, susulan tindakan yang dilaksanakan itu bukan bermakna kerajaan akan melonggarkan perintah kawalan pergerakan ini.

“Beberapa sektor ekonomi akan dibuka secara berperingkat dengan garis panduan penjagaan kesihatan dan kawalan pergerakan yang ketat. Perintah ini masih berkuatkuasa dan semua arahan yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa mesti dipatuhi. Jika terdapat pengusaha, kilang atau syarikat yang melanggar peraturan, kerajaan akan menarik balik kebenaran yang diberikan,” katanya.

Senarai Sektor Diumumkan Dalam Masa Terdekat

Senarai sektor yang terpilih akan diumumkan dalam kerajaan dalam masa terdekat. Jawatankuasa khas kabinet juga diwujudkan bagi meneliti senarai sektor ekonomi itu.

Jadi, orang ramai dinasihatkan untuk mematuhi peraturan PKP yang dinasihatkan oleh kerajaan dan KKM bagi membantu menangani penularan Covid-19 di Malaysia.

Tonton video penuh rasmi perutusan YAB Perdana Menteri di bawah:

Sumber: Youtube Buletin TV3

 

Syafiqa Irdina