Categories: Trending

Bermula 1 Jun, Rakyat Malaysia Yang Pulang Dari Luar Negara Perlu Bayar Separuh Kos Kuarantin

Sila ambil perhatian semua.

Bermula 1 jun 2020, rakyat tempatan yang pulang dari luar negara perlu menanggung sebanyak 50% kos kuarantin.

Perkara tersebut dimaklumkan sendiri oleh Menteri Pertahanan Negara, Datuk Ismail Sabri Yaakob menerusi sidang media semalam.

“Sidang Majlis Keselamatan Negara (MKN) telah membuat keputusan bagi mengenakan caj kuarantin hotel ke atas semua individu yang memasuki pintu masuk negara bermula 1 Jun 2020.

Bagi warganegara Malaysia yang pulang ke negara dan wajib dikuarantin, mereka diminta untuk membayar 50% daripada kadar penuh bayaran hotel. Sebahagian lagi akan ditanggung oleh kerajaan,” katanya.

Manakala, pasangan yang bukan berasal dari sini atau orang yang mempunyai pas penduduk tetap perlu menanggung kos sepenuhnya.

Untuk maklumat lanjut, tonton video penuh sidang media oleh Menteri Pertahanan di bawah:

Sumber: Youtube Buletin TV3
Syafiqa Irdina