Categories: Trending

Bimbang Bekalan Hand Sanitizer Semakin Berkurang, Safawi Rasid Keluarkan Hand Sanitizer Jenama Sendiri

BARU-BARU ini, pemain bola sepak skuad Harimau Malaya, Safawi Rasid telah mengeluarkan produk hand sanitizer atau cecair basmi kuman jenama sendiri susulan dengan kes covid-19 yang semakin membimbangkan masyarakat dunia pada waktu ini. 

Perkara ini dihebahkan sendiri oleh Safawi menerusi sebuah video yang dimuatnaik di akaun Instagram miliknya.

Pemain Johor Darul Takzim ini juga turut menceritakan  kebimbangannya apabila mengetahui bekalan hand sanitizer semakin berkurang di negara ini ekoran penularan wabak covid-19. Oleh kerana itu, jejaka berusia 23 tahun ini mengambil inisiatif mengeluarkan jenama hand sanitizer sendiri bagi membantu rakyat Malaysia menghadapi permasalahan ini. 

“Saya dah keluarkan produk saya sendiri ‘hand sanitizer’, jenama saya sendiri. Saya buat ini sebab saya tengok hand sanitizer di pasaran sudah kurang,” 

Instagram Safawi Rasid

Safawi juga berharap apa yang dilakukannya sedikit-sebanyak dapat membantu mengurangkan jangkitan covid-19 di Malaysia dan wabak ini tidak semakin berleluasa.

“Jadi saya harap apa yang saya buat ini dapat mengurangkan lagi jangkitan di Malaysia dan harap benda ni tak berleluasa di mana-mana.

Tidak hanya itu, Safawi juga sempat berpesan kepada rakyat Malaysia agar menjaga diri sendiri dan orang tersayang dengan tidak keluar kemana-mana semasa tempoh kawalan pergerakan berkuatkuasa pada waktu ini. 

“Tapi korang  pun kena tolong diri korang sendiri dan orang tersayang supaya jangan ke mana-mana dan duduk saja di rumah.”

Kancah  saingan bola sepak tempatan  juga turut menerima tempias akibat penularan wabak covid-19 ini. Akhirnya Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) dan Liga Bolasepak Malaysia (MFL) mengambil keputusan menangguhkan saingan Liga Malaysia (Liga M) dan semua kejohanan lain di bawah kelolaan mereka.

Apa-apa pun semoga business Safawi terus sukses ya!

 

Aisyah Badrul

Shes got a 70s head but shes a modern lover