Categories: Trending

“Bonda Saya Sudah Tiada” – Ibu Najib Razak Meninggal Dunia

Ibu kepada bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, Tun Rahah Mohamad Noah menghembuskan nafas terakhir sebentar tadi.

Tun Rahah yang juga balu kepada bekas Perdana Menteri Kedua, Tun Abdul Razak Hussein itu meninggal dunia ketika dalam rawatan di sebuah hospital swasta di Kuala Lumpur.

Pemergian Tun Rahah, 87, dikongsikan oleh Najib menerusi akaun media sosial, Facebook dan Twitter rasmi miliknya.

“Innalillahwainnailaihirojiun…Bonda saya sudah tiada.

“Kami sekeluarga di hospital. Kesedihan dan air mata mengalir. Tiada kata-kata untuk kehilangan ini,” tulisnya.

Kami di Xtra mengucapkan salam takziah kepada seluruh ahli keluarga Tun Rahah atas pemergian beliau. Semoga rohnya dicucuri rahmat Allah.

Padin