Categories: Trending

BSH Fasa 3: Rayuan Dibuka Mulai Jumaat Ini, Syarat Layak Rayuan

Berita baik buat korang yang gagal dalam permohonan BSH fasa ketiga Julai lalu.

Rayuan dibuka Jumaat ini

Bagi mereka yang tidak berjaya, tempoh permohonan rayuan akan dibuka seawal 7 Ogos 2020 hingga 6 September 2020, secara dalam talian di portal BSH https://bsh.hasil.gov.my.

Pemohon juga boleh hadir di mana-mana Cawangan Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM)/ Pusat Khidmat Hasil (PKH) dan Pusat Transformasi Bandar.

Syarat Kelayakan Bantuan Sara Hidup

Sekiranya ingin membuat permohonan rayuan, pastikan anda cukup syarat seperti:

  • Warganegara Malaysia yang menetap di Malaysia sahaja
  • Lelaki / wanita yang menjadi ketua isi rumah dan berpendapatan RM4,000 sebulan ke bawah
  • Pasangan warganegara Malaysia (MyKad) atau memiliki pengenalan Malaysia (MyPR / MyKAS)
  • Pasangan bukan warganegara Malaysia tetapi memiliki anak warganegara (Mykad / Mykid)
  • Hubungan anak mestilah:
  • Anak kandung (termasuk anak tidak sah taraf) atau anak angkat yang berdaftar dengan JPN
  • Warganegara Malaysia (mempunyai Mykad / Mykid)
  • Tiada punca pendapatan / tidak bekerja
  • 19 tahun ke atas yang masih belajar di Universiti Awam
  • OKU

Jenis Dokumen Yang Diperlukan

Berikut senarai semak dokumen yang diperlukan bagi membuat permohonan rayuan.

Antaranya:

  • MyKAD pemohon dan pasangan
  • MyKID atau sijil lahir anak
  • Penyata gaji terkini
  • Surat status perkahwinan

Namun senarai dokumen bergantung juga kepada alasan kenapa permohonan anda ditolak.

Attiqah Mohd

""Above all, she is the girl who 'feels' things, who has hung on to the freshness and pain of adolescence, the girl ever wounded, ever young.”