Trending By: Salma Syahbuddin October 22, 2020 @ 1:13pm

Buang Persepsi Negatif Terhadap Produk Tempatan

Tak kenal maka tak cinta, ini antara analogi yang sesuai dengan stigma segelintir rakyat di negara ini yang masih memandang rendah produk buatan Malaysia.

Walaupun negara sudah mengecapi pelbagai kejayaan dan kemajuan yang cukup membanggakan, namun masih terlihat tidak molek jika produk keluaran tempatan terus dipandang sepi di tanah air sendiri. 

Lebih menghairankan, produk buatan Malaysia yang dieksport ke luar negara sebaliknya mendapat permintaan tinggi dan menjadi rebutan ‘orang luar’. 

Jadi, di mana silapnya dan apakah yang bermain dalam pemikiran rakyat mengenai standard dan kualiti produk Malaysia?

  1. Tidak berkualiti
Sumber : Berita Harian

Tanggapan salah yang paling popular sering dikaitkan dengan produk tempatan ialah ‘tidak berkualiti’. Namun, persepsi ini hanyalah sekadar cakap kosong sesetengah pihak sahaja. 

Hakikatnya, tidak ada satu pun produk tempatan yang dihasilkan mengikut piawaian dan mendapat pensijilan kualiti di Malaysia dilapor mengecewakan pengguna. 

Sebaliknya, kebanyakan aduan yang direkodkan adalah akibat pengguna tersalah beli barangan tiruan atau cetak rompak yang dikatakan produk tempatan.

Maka tidak adil jika hanya kerana tidak berpuas hati dengan kualiti produk palsu, tempias buruk tersebut turut terkena produk tempatan yang lain.

Sumber : Harian Metro

Sebagai pengguna bijak, rakyat di negara ini wajib ambil tahu mengenai prosedur dan sistem pengurusan kualiti yang sentiasa dipantau oleh kerajaan. 

Antara tips penting, pilihlah barangan yang mempunyai label pensijilan kualiti seperti SIRIM, MeSTI, Halal JAKIM dan banyak lagi. 

2. Murah dan berkelas rendah

Mungkin terdengar tidak masuk akal, namun hakikatnya masih ramai yang enggan membeli produk lokal hanya kerana ada sesetengah barang ditawarkan pada harga murah. 

Salah satu alasan yang sering kedengaran, murah maka ia berkelas rendah. 

Umum mengetahui bahawa harga sesuatu produk yang ditawarkan adalah bergantung kepada kos bahan mentah, penghasilan, pengangkutan, cukai dan banyak lagi.

Justeru, ia sudah tentu mempengaruhi harga barangan yang dipasarkan dalam negara dan pastinya jauh lebih berpatutan. 

Jangan pandang rendah kerana sebenarnya kita ada banyak jenama yang setanding produk terkemuka. 

Sumber : Tatler Malaysia

Misalnya, jenama BONIA yang terkenal dengan barangan fesyen berasaskan kulit. BONIA sebenarnya diasaskan oleh anak Malaysia Chiang Sang Sem pada tahun 1994. 

Kini BONIA menjadi pilihan golongan yang mementingkan fesyen mewah dan berjenama bukan sahaja di Malaysia, malah di rantau Asia. BONIA Corporation Berhad memiliki lebih 700 outlet kedai dan 70 butik di seluruh benua Asia. 

3. Tidak terkenal

Selain harga murah dikaitkan dengan barangan kelas bawahan, ada juga pendapat yang mengatakan produk tempatan kurang menjadi pilihan kerana ia tidak setaraf dan secantik jenama antarabangsa. 

Pandangan sebegini sudah tentu salah. Sebenarnya produk tempatan tidak kurang hebatnya. Malah, sudah banyak jenama Malaysia berjaya menembusi pasaran antarabangsa kerana terkenal dengan rekaannya yang memukau seperti jenama kasut Christy Ng. 

Sumber : MyTown KL

Tidak kurang, ada juga segelintir rakyat yang salah faham dan menyangka produk tempatan adalah produk import. Mungkin kerana nama jenama yang digunakan lebih komersial, jadi ramai menganggap jenama-jenama ini produk luar negara.

Contohnya produk kerusi urut Ogawa yang selalu dianggap produk buatan Jepun, hakikatnya ia adalah buatan tempatan. 

‘Virus’ yang perlu dihapus

Sumber : Firdaus Latif, Malay Mail

Sebagai renungan, sampai bila kita hendak biarkan produk tempatan menjadi produk sampingan atau pilihan kedua rakyat Malaysia?

Jika semua persepsi salah ini tidak diubah daripada sekarang, maka jangan terkejut andai generasi akan datang lebih parah memperlekehkan produk kebanggaan negara. 

Malah, tidak mustahil ia boleh menjadi ‘virus’ bahaya yang boleh membunuh industri dan ekonomi tanah air dalam diam. 

Selepas ini, jika ada pihak yang mengatakan rugi jika membeli produk tempatan, maka menjadi tanggungjawab kita bersama untuk ubah persepsi sebegitu. 

Beri sokongan untuk negara

Sebagai rakyat Malaysia, sokongan anda amat diperlukan untuk memastikan pengeluar dan pengusaha tempatan tidak terus berada ditakuk lama. 

Dengan menyokong produk tempatan, peningkatan penyelidikan dan pembangunan (R&D) untuk menambah mutu produk dan perkhidmatan dapat dilaksanakan. 

Selain itu, setiap perbelanjaan rakyat juga dapat membantu memastikan ekonomi negara kekal berdaya saing.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Sun, 4 Mar 2018

Akauntan Ditipu Sindiket Pinjaman Wang Dari Facebook

Akibat terlalu mudah percaya terhadap iklan pinjaman wang di Facebook, seorang akauntan berputih mata dan menanggung kerugian sebanyak RM132,120 selepas ditipu sindiket menawarkan pinjaman wang yang tidak wujud. Menurut sumber, kejadian itu bermula pada awal […]

Trending Tue, 17 Sep 2019

Iras wajah Lisa Surihani, Polis PBB ini buat tulang rusuk bergetar!

Hikma Nursya, buktikan wanita cantik hebat!

Trending Fri, 10 Jul 2020
Trending Thu, 3 May 2018

Alamak! Lepas Enjin Meletup, Tingkap Pula Retak…

Tiada siapa cedera dalam insiden dua minggu selepas sebuah enjin pesawat Boeing 737 miliknya meletup lalu memecahkan satu tingkap dan mengorbankan seorang penumpang, iaitu insiden maut pertama sejak 2009.

Featured Tue, 29 Oct 2019
Trending Tue, 12 Nov 2019

Kenalkah Anda Dengan Model Rokok Marlboro?

model lelaki koboi ini tidak pernah merokok seumur hidupnya

Trending Mon, 8 Oct 2018

When to Use Hot Pack and Cold Pack on Injuries

There are some extra tips too!

Trending Fri, 1 Nov 2019

Rakyat Singapura Takut Lipas Lagi Daripada Mati

Lain orang lain takutnya bukan ?

| Live TV