Trending By: Salma Syahbuddin June 16, 2021 @ 2:52pm

Bukan Cerita Klise, Budak Tebing 2 Pamer Isu Kekeluargaan & Penderaan

Drama rantaian paling popular di TV3 ini kembali menemui peminatnya selepas kejayaan meraih 1o juta tontonan sepanjang bersiaran pada Mac tahun lalu.

Dengan sambutan yang cukup baik dari peminat dan penonton setia TV3, Budak Tebing 2 bakal menemui peminatnya bermula 18 Jun 2021 menerusi slot Lestary di TV3.

Drama bersiri 13 episod yang diarahkan oleh Feroz Kader ini pastinya tampil dengan kelainan kerana terdapat plot baharu yang akan diketengahkan namun, watak dan elemen yang sama masih dikekalkan pada musim kedua ini.

Mengakui memikul tanggungjawab yang besar untuk Budak Tebing 2, Feroz bagaimanapun berharap agar peminat drama ini masih setia dan menyokong drama tersebut seperti pada musim pertama.

“Core Budak Tebing 2 kali ini masih sama sebab kita tahu penonton suka. Tapi tanggungjawabnya besar sebab kita tidak tahu apa target atau expectation penonton untuk kali ini”

Bukan drama klise, Budak Tebing 2 masih mengambil pendekatan masalah sosial dalam kalangan remaja malah, untuk musim kedua ini, pendekatan terhadap isu kekeluargaan dan penderaan akan diketengahkan.

Selain itu, perubahan watak-watak budak tebing yang lebih matang dan penambahbaikan kepada watak Afendi lakonan Fauzi Nawawi dan watak Pablo yang dijayakan oleh Pablo Amirul juga dapat dilihat.

Bagi peminat watak Tongki (Aedy Ashraf), Arif (Adam Lee) dan Yoyol (Fariz Isqandar) juga ada elemen surprise yang akan diketengahkan dimana, watak utama ini akan berdepan dengan konflik mereka masing-masing.

Jadi, kalau korang nak tahu dengan lebih lanjut apakah yang bakal terjadi kepada persahabatan mereka, jangan ketinggalan untuk saksikan Budak Tebing 2 menerusi slot Lestary TV3 mulai 18 Jun 2021, setiap Rabu hingga Sabtu, pukul malam ATAU menerusi perkhidmatan penstriman iQIYI pada hari yang sama, bermula 10 malam.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Thu, 19 May 2022

Selepas Setahun, Miera Leyana Akhirnya Dedah Wajah & Nama Puteri

Comelnya! Akhirnya Miera Leyana dedah anak perempuannya.

Featured Sat, 10 Sep 2022

Muat Naik Hantaran Berbaur Sindiran, Azhar Sulaiman Perli Siapa? – “Ada Masalah Keluarga, Canang Sahaja Kepada Umum”

Ada yang patut dicanang dan ada yang tak patut! Jaga hal sendiri lebih baik 😬

Featured Mon, 19 Jul 2021

Warga Selangor & KL Boleh ‘Walk In’ Vaksin Bermula 1 Ogos, Tapi Hanya Untuk….

Kerajaan mengumumkan mana-mana warga Selangor dan Kuala Lumpur yang belum mendapat janji temu vaksinasi serta golongan tercicir boleh mendapatkannya secara terus di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) bermula 1 Ogos. Menurut Badan Bertindak Imunisasi COVID-19 (CITF),

Hiburan Wed, 3 May 2023
Trending Wed, 20 May 2020

JAIS Keluar Larangan Ziarah Kubur Pada Hari Raya Aidilfitri

Tempoh masa kuatkuasa bagi ketetapan ini tertakluk kepada satu siaran yang akan dikeluarkan oleh JAIS kemudian

Featured Fri, 7 May 2021

Alif Satar Akui Teruja Sertai ICSYV4

Rancangan realiti kegemaran ramai I Can See Your Voice Malaysia musim ke-4 bakal membuka tirai dengan edisi raya pada musim ini. Untuk musim ini, kehadiran penyanyi, pelakon dan pengacara Alif Satar nampaknya  memeriahkan lagi kehangatan program

Featured Sat, 21 Jan 2023

| Live TV