Categories: Trending

Bukti Seorang Bapa Sanggup Lakukan Apa Saja Demi Anak

Sebak…Kasih seorang bapa terhadap anaknya boleh digambarkan dalam pelbagai bentuk termasuklah sanggup menjadi pengantin seumur hidup.

Lelaki dikenali sebagai Gua Anchuan menjadi viral apabila memakai gaun pengantin perempuan dan duduk di tepi jalan sambil memegang poster di sebelahnya tertulis,

“ Mahu berkahwin untuk selamatkan anak, rela jadi pengantin/pekerja seumur hidup untuk membayar hutang sekiranya anda membantu menanggung kos rawatan anak saya,” 

Difahamkan, anak kesayangannya itu perlu menjalani pembedahan segera.

“Saya tidak lagi berfikir tentang maruah, apa yang penting anak saya dapat diselamatkan,” ujarnya yang bekerja sebagai tukang kayu ini.

Anak perempuan dilaporkan menghidap leukemia sejak berumur empat tahun.

Menurut lelaki itu, anaknya Guo Yuting telah menjalani lapan sesi kemoterapi sebelum kanser itu kembali menyerang awal tahun ini.

Setakat ini, Anchuan berjaya mengumpul 16,000 Yuan (RM 9,960) namun ia masih belum mencukupi untuk menampung kos pembedahan.

SGMS Faida