Bagaimana Nak Elak Cirit Birit Di Musim Perayaan? Ikuti Tips Ini!

Bila juadah raya terhidang depan mata, habis korang ‘balun’ tanpa rasa bersalah kan? Maklumlah, dah sebulan menahan lapar dan dahaga, waktu berayalah korang balas-dendam makan sampai kenyang kan!

Bila dah makan macam-macam makanan dari macam-macam rumah, mudahlah nak kena sakit perut dan cirit birit. Alamak!

Jangan risau, nah sedikit perkongsian daripada Unit Edukasi Medtweetmy, Dr. Kamarul Ariffin Nor Sadan.

Nota ringkas cirit birit!

Sebab-sebab cirit birit:
1. Keracunan makanan
2. Keracunan ubat/dadah
3. Kesan sampingan ubat
4. Jangkitan pada usus
5. Alahan laktosa
6. Mahu MC (cuti Raya tak lulus)

Cara nak elakkan cirit birit:
1. Penyediaan gunakan bahan segar
2. Makanan hendaklah sentiasa ditutup
3. Lebihan makanan simpan di peti sejuk
4. Pinggan mangkuk, sudu garfu, bersih
5. Cuci tangan sebelum makan
6. Pastikan cuti Raya dah lulus

Elak makan ini jika cirit-birit:
1. Terlalu manis
2. Pedas atau berempah
3. Susu
4. Alkohol (tak raya pun elakkan)
5. Kopi
6. Makanan serat tak larut

Elok makan ini jika cirit-birit:
1. Bubur nasi
2. Pisang
3. Biskut kering
4. Roti bakar
5. Air kelapa
6. Sup ayam (tak pedas/berempah)

Ubat cirit-birit di farmasi:
1. Antispasm: buscopan
2. Activated carbon (arang)
3. Anti-diarrhea: lomotil/loperamide
4. Bulking agent: pectin
5. Mucosa protector: smecta
6. Garam rehidrasi (ORS)

Jika cirit-birit, bila kena jumpa doktor?
1. Najis berdarah
2. Najis berlendir
3. Najis hitam legam
4. Cirit-birit lebih 2 hari
5. Demam tinggi
6. Sakit perut kuat

Kenapa perlu jumpa doktor jika ada simptoms tersebut?
1. Appendicitis
2. Rotavirus/Salmonella
3. Kanser
4. Irritable bowel
5. Keracunan yang teruk
6. Macam-macamlah lagi. Biar doktor yang kenal pasti.

OK itu sahaja, Semoga nota ringkas ni membantu! Selamat Hari Raya Aidil Fitri!

Sumber FB: Dr. Kamarul Ariffin Nor Sadan

Follow telegram beliau t.me/dr_chaku untuk nota kesihatan ringkas dan padat.

SGMS Faida