Wow! Che Ta Gayakan 20 Persalinan Raya Ini

Jika Syawal tahun lalu, pelakon dan pengacara Rozita Che Wan menyediakan 30 persalinan tetapi tidak lagi untuk tahun ini! 

Selebriti yang mesra disapa sebagai Che Ta ini memberitahu hanya 20 pasang persalinan sahaja akan digayakan untuk Syawal kali ini.

“Tahun lalu, saya banyak dapat tajaan baju sampai lebih 100 persalinan.

“ Saya hanya menempah 30 pasang baju waktu itu. Tahun ini, saya sediakan 20 pasang saja,” katanya.

Seperti kebiasaan, Che Ta bakal pulang ke kampung halaman di Alor Setar, Kedah namun pada Raya kedua.

“Hari raya pertama kami akan beraya di rumah nenek Zain di Gombak, Selangor.

“ Jadi, pada Syawal kedua, barulah saya balik ke kampung.

“Pada mulanya, kami merancang hendak beraya di Australia, tetapi disebabkan anak-anak ada peperiksaan, maka perancangan dibatalkan,” katanya.

Bakal mengadakan rumah terbuka pada Syawal keempat di Alor Star, majlis itu dianggap tradisi keluarga.

“Sebenarnya, setiap kali Aidilfitri, kami buat rumah terbuka pada Syawal ketiga. Tetapi disebabkan adik ipar, Zaquan ada perlawanan bola sepak, jadi terpaksa ditunda pada Syawal keempat.

 

SGMS Faida