Categories: Trending

Cahaya Skrin Handphone Membahayakan Anak-anak

Zaman serba canggih ini rupanya agak sukar. Sekarang dimana mana sahaja rata-rata mempunyai sebuah handphone. Ada pula yang mempunyai 2-3 atas sebab urusan kerja mahupun personal. Anak-anak seusia 4 tahun sudah mempunyai handphone sendiri Perkembangan pembesaran anak-anak sememangnya sememangnya amat penting bagi ibu bapa. Ibu bapa perlu sentiasa peka dengan keadaan anak-anak. Anak-anak perlu sentiasa mendapat tidur yang cukup untuk membantu otak mereka berfungsi dengan baik.

Jika anak anda miliki telefon bimbitnya sendiri, awasi setiap kali penggunaan mereka. Hal ini kerana, cahaya daripada skrin telefon bimbit pada waktu malam akan menyebabkan anak-anak anda mengalami kesukaran untuk tidur.terdapat beberapa kesan yang akan berlaku kepada anak-anak jika mereka ini kekurangan tidur. Maka amalan tidur awal ini amat penting untuk tumbesaran mereka nanti. Setkan masa dalam 1-2 jam sehari untuk mereka melayari di handphone dalam keadaan yang terang agar dapat membantu dan mengelakkan kurang tidur dan menjadi pemarah . 

SGMS Putri