Categories: Trending

Cecah RM100,000! Vespa Dior Milik Nabila Razali Jadi Tumpuan

Penyanyi dan pelakon, Nabila Razali sekali lagi menjadi bualan netizen apabila muat naiknya mencuri perhatian apabila dikatakan telah membeli sebuah Vespa 946 Dior.

Menerusi perkongsian Nabila di laman Instagram, dia memuat naik beberapa keping foto bersama Vespanya itu.

Jika dilihat pada foto tersebut, Vespa edisi khas itu juga terdapat nama Nabila Razali pada bahagian sisi.

Namun, apa yang dibualkan netizen adalah harga skuter tersebut difahamkan mencecah lebih RM100,00.

“Meet my BABY DIOR!!”

“Comey mcm tuan dia kan?? Kalau nak ajak gi ride roger je okay!” tulis Nabila.

Perkongsian tersebut kini telah mencecah lebih 22,000 tanda suka dan hampir 200 komen di laman IG miliknya.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen memberikan pelbagai reaksi terhadap foto nabila bersama Vespa barunya itu.

Sumber: Instagram nabila.razali

Khairil Khusyairi