Trending By: SGMS Enal September 19, 2019 @ 11:49am

Datuk 61 Tahun Kantoi Hantar Surat Cinta Pada Darjah 6

Seorang lelaki berpangkat ‘datuk’ berusia 61 tahun ‘ditangkap’ mengirimkan surat cinta kepada seorang pelajar perempuan sekolah rendah di Kota Bekasi Barat, Indonesia. Tindakan tersebut bukan hanya dilakukan sekali, namun lelaki tua berkenaan telah menghantar surat itu beberapa kali kepada pelajar yang sedang menduduki darjah enam pada tahun ini.

Perkara itu diketahui selepas ibu bapa kepada pelajar perempuan terbabit menjumpai ‘surat cinta’ tersebut. Kandungan surat berkenaan juga dipenuhi dengan kata-kata romantis yang dipercayai ditujukan kepada pelajar itu.

Melalui penulisannya, lelaki tersebut seperti mabuk bercinta dan menggelar pelajar itu dengan gelaran “Gadis Manisku”.

Apabila disoal oleh ibu bapanya, pelajar tersebut  mengakui bahawa surat itu telah dikirimkan oleh datuk berkenaan. Ekoran pengakuan pelajar itu, ibu bapanya telah melaporkan perkara tersebut kepada pihak bertanggungjawab.

Antara isi surat itu,

Buat Gadis Manisku yang sedang marah, Yang telah memenjarakan dan menawan hatiku, Yang telah membuat aku tak berdaya saat ini

Saat kutuliskan surat ini, Aku sedang merindukanmu

Walau bagaimanapun, lelaki tersebut turut didakwa pernah melakukan kegiatan cabul terhadap pelajar itu di kawasan tempat letak kereta di mana pelajar tersebut sering bermain bersama rakan-rakannya.

Menurut laporan media tempatan, insiden pertama dipercayai berlaku pada bulan Mac 2019 yang pada waktu itu mangsa dan tiga sahabatnya sedang bermain sebelum didatangi pelaku. Kemudiannya, pelaku bertindak berani setelah mengulangi perbuatannya pada bulan Ogos 2019. Ekoran kejadian yang berulang, mangsa telah melaporkan perkara tersebut kepada ibu bapanya.

Pihak polis telah bertindak menahan pelaku yang sebelumnya telah diserang penduduk setempat.

Sumber: Grid.id

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Thu, 10 Dec 2020
Featured Tue, 11 May 2021

Tiada Moratorium Menyeluruh Automatik Walaupun PKP Dilaksanakan

Umum maklum, kerajaan akan melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0 di seluruh negara yang bakal bermula esok justeru terdapat beberapa cadangan  timbul mengenai pelaksanaan moratorium secara menyeluruh. Menurut Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM), Datuk Nor […]

Featured Fri, 27 Apr 2018

Apa Kata Selebriti? Kenapa Wanita Perlu Mengundi

Ikuti pandangan dan harapan para selebriti tentang Pilihan Raya Umum Ke-14.

Featured Wed, 28 Dec 2022
Hiburan Fri, 11 Aug 2023
Trending Sat, 28 Nov 2020
Featured Tue, 12 Oct 2021

“Terharu Sampai Bergenang Air Mata” – Ini Reaksi Fazura Bila Lihat Peminat Sarung…

Tuah ayam nampak di kaki, tuah manusia siapa yang tahu. Perniagaan hijab yang diusahakan oleh aktres dan usahawan jelita, Nur Fazura semakin berkembang maju. Buktinya adalah apabila setiap Fazura melancarkan koleksi terbaharu tudungnya, pasti terus […]