Categories: Trending

Demi Bantu COVID-19, Pemangku Raja Pahang Tengku Hassanal Sanggup Tolak Elaun Diraja

Raja berjiwa rakyat!

Ke mana tumpahnya kuah kalau tidak ke nasi, begitulah perumpaan yang dapat dilihat dalam diri Pemangku Raja Pahang, Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah.

Terdahulu, kedua-dua pasangan Tuanku Agong dan Permaisuri Agong telah mengumumkan bahawa mereka berkenan untuk tidak menerima emolumen diraja selama enam bulan dan berkenan menyalurkan bantuan tersebut kepada mereka yang lebih memerlukan dalam menghadapi pendemik COVID-19.

Hari ini, Tengku Hassanal berkenan mengikuti jejak langkah bonda dan ayahndanya. Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan untuk menyalurkan Elaun Diraja baginda selama enam bulan kepada Tabung COVID-19 Pahang.

Pengelola Bijaya Diraja KDYMM Sultan Pahang, Datuk Ahmad Khirrizal Ab Rahman berkata, untuk tujuan itu, baginda tidak akan mengambil bayaran elaun itu bagi tempoh enam bulan bermula bulan ini sehingga September nanti.

Tengku Hassanal, 25 tahun juga turut mendoakan pesakit COVID-19 di seluruh Malaysia amnya termasuk di Pahang khasnya diberi kesembuhan yang segera oleh Allah SWT.

Sumber: Berita Harian

Attiqah Mohd

""Above all, she is the girl who 'feels' things, who has hung on to the freshness and pain of adolescence, the girl ever wounded, ever young.”