Categories: Trending

Demi Solidariti, Suami Vivy Yusof Tinggalkan Jenama Mewah Sokong Isra*l – “He Said Goodbye To His LV Wallet”

Usahawan Datin Vivy Yusof tampil berkongsi momen ketika suaminya, Datuk Fadza Anuar mengambil keputusan untuk tidak lagi memakai dompet jenama mewah yang menyokong Israel.

Perkara itu telah dikongsikan oleh Vivy menerusi hantaran di Instagram Story (Igs), sebentar tadi.

Dalam perkongsian tersebut, Vivy turut meluahkan rasa bangga dengan tindakan suaminya itu yang menukar dompet jenama, Louis Vuitton ke produk keluarannya, dUCk.

“Proud of my husband today. He said goodbye to his LV wallet because he doesn’t support anymore. Switched to this other European brand called DOOK (dUCk),” kongsinya.

Dalam perkongsian lain, Vivy turut menyebarkan kesedaran kepada pengikutnya tentang profil jenama mewah tersebut yang banyak melabur kepada syarikat yang menyokong Zionis.

Menurut Vivy, dia akan cuba sedaya upaya untuk tidak menyokong mana-mana produk keluaran Zionis susulan tindakan mereka yang membunuh ribuan rakyat Palestin dengan kejam.

“Support humanity. Try our best to not support brands that have links to Zionists killing Palestinians,” katanya.

Fatin Nurain