Euforia Bola 2026
Trending By: Salma Syahbuddin August 9, 2021 @ 11:25pm

“Dia Cakap, Dia Takut Tapi…” – Shuib Kongsi Pesan Terakhir Siti Sarah

Pelawak Shuib berkongsi situasi akhir sebelum isterinya, Allahyarham Siti Sarah dibawa ke Hospital Canselor Tuanku Muhriz, Universiti Kebangsaan Malaysia (HCTM) pada Khamis lalu.

Mengakui isterinya berasa takut, Shuib percaya bahawa Sarah seorang yang kuat menghadapi dugaan ini tatkala pandemik Covid-19 melanda negara.

“Dia (Siti Sarah) cakap dia takut.”

“Saya tahu dialah orang yang paling kuat dan paling baik hatinya. Saya banyak dapat pelajaran daripada apa terjadi. Kepada kaum lelaki dan suami, terus hargai isteri,” katanya.

Shuib atau nama sebenarnya Shahmira Muhamad, 37, juga menjelaskan bahawa itu adalah kali terakhir beliau menatap wajah isteri tercinta sebelum beliau ditidurkan.

“Kali terakhir jumpa dia di hospital sebab saya yang hantar dia di wad. Terakhir saya pandang dia di katil. 

“Saya terpaksa tinggalkan dia. Kemudian saya jumpa dia balik selepas dia tutup mata, tapi saya cukup yakin dan percaya dia bidadari syurga saya,” katanya.

“Dia nak saya jaga anak-anak dengan baik. Itu pesanan terakhir Allahyarham”

Menurut Shuib, itu adalah pesanan terakhir Siti Sarah yang masih diingat sehingga sekarang.

“Dia nak saya jaga anak-anak dengan baik”

“Saya akan didik sebaik mungkin menjadi anak yang soleh dan solehah,” katanya.

Terdahulu, Shuib memaklumkan tiga anaknya iaitu Uwais Alqarni, 10, Dzahira Talita Zahra, 8, dan Ariq Matin, 6, masih belum tahu mengenai pemergian ibu mereka.

“Dia nak saya jaga anak-anak dengan baik. Itu pesanan terakhir Allahyarham”

Menurut Shuib, itu adalah pesanan terakhir Siti Sarah yang masih diingat sehingga sekarang.

“Dia nak saya jaga anak-anak dengan baik”

Saya akan didik sebaik mungkin menjadi anak yang soleh dan solehah,” katanya.

Terdahulu, menerusi Instagram Live kira-kira jam 6 petang hari ini, Shuib berkongsi momen ketika beliau ingin memberitahu anak-anaknya dan menjelaskan perkara sebenar yang ibu tercinta mereka kini sudah tiada.

“Saya beritahu kepada mereka kalau sebelum ini kita buat solat hajat untuk mohon supaya ibu balik, tapi sekarang ini ibu tidak akan balik rumah lagi. Ketika itu semua diam. Ada yang faham, ada yang tidak faham.

“Saya cuba terangkan satu persatu kepada mereka. Saya beritahu kita berdoa dengan Allah supaya ibu balik, tapi ibu bukan milik kita sebaliknya ibu milik Allah. Jadi Allah tak boleh pulangkan kepada kita sebab Allah terlalu sayangkan dia, mungkin dia terlalu baik. Jadi Allah nak ambil dia dan kita tidak akan jumpa dia lagi.

“Waktu itu anak-anak semua menangis teresak-esak, tapi lama-lama mereka faham. Jadi saya beritahu kepada mereka yang ibu pesan mahu anak-anaknya jadi anak yang soleh dan solehah. Ibu juga beritahu harta yang dia miliki adalah anak-anaknya. Ibu mahu anak-anak turut pandai mengaji dan tidak tinggal solat,” katanya.

Shuib berkata, dia bersyukur kerana tiga anaknya faham dengan apa yang disampaikan.

“Insya-Allah saya harap semua okay. Terus mendoakan keluarga saya. Saya balikkan semua doa kalian. Kepada yang sedang bertarung dengan Covid-19 sekarang, saya mendoakan semoga semuanya dipermudahkan,” 

Ketika ditanya mengenai keadaan anak keempatnya, Ayash Affan yang dilahirkan pada 7 Julai 2021 lalu, Shuib berkata, dia masih belum berjumpa dan melihat wajah anak lelakinya itu.

“Setakat ini saya baru dua kali dapat maklumat mengenai Ayash. Maklumat terakhir yang saya dapat dia sangat aktif.

“Mata sudah buka, kaki sudah menendang dan ada banyak pergerakan. Saya juga belum dapat gambar atau videonya. Insya-Allah dalam masa terdekat. Terima kasih sebab doakan dia. Semoga proses pembesarannya lancar,” katanya.

Terdahulu, Siti Sarah terpaksa ditidurkan untuk mengeluarkan bayi secara pembedahan sebelum dilaporkan meninggal dunia pada jam 5.13 pagi tadi

ARTIKEL BERKAITAN : “Tolong Hormat & Jaga Sensitiviti Keluarga Shuib…” – Pengurus Mohon Berhenti Kongsi Gambar Bayi

ARTIKEL BERKAITAN : “Cantiknya Nama… Baby Dah Mula Buka Mata & Bergerak Aktif” -Shuib Dedah Keadaan Bayi Kini Stabil

ARTIKEL BERKAITAN: “Sarah Kini Ditiarapkan, Ada Darah Beku Pada Paru-Paru” – Shuib Akui Jantung Siti Sarah Dalam Keadaan Lemah

ARTIKEL BERKAITAN : “Bakal Dibedah & Dikomakan Untuk Selamatkan Bayi Dalam Kandungan” – Shuib Harap Ada Keajaiban Buat Siti Sarah

Terdahulu, Siti Sarah terpaksa ditidurkan untuk mengeluarkan bayi secara pembedahan sebelum dilaporkan meninggal dunia pada jam 5.13 pagi.

ARTIKEL BERKAITAN : “Siti Sarah Mengalirkan Air Mata Ketika Nazak” – Shuib Akui Sempat Buat Panggilan Video Terakhir

ARTIKEL BERKAITAN : Kematian Yang Menghidupkan” – Ustazah Asma Harun Sifatkan Pemergian Siti Sarah Lambang Ketabahan Seorang Ibu

ARTIKEL BERKAITAN : Siti Sarah Meninggal Dunia

ARTIKEL BERKAITAN : Sumbang Lebih RM13,000 Untuk Korban Di Gaza, Nadir Al-Nuri Dedah Kebaikan Siti Sarah – “Kalau Boleh Saya Nak Diam-Diam Je…”

ARTIKEL BERKAITAN : “Banyak Kali Dia Tanya Saya Ingin Bayarkan Sewa Rumah Orang Miskin & Anak Yatim…”- Ebit Lew Dedah Sifat Prihatin Siti Sarah

ARTIKEL BERKAITAN: “Sarah Kini Ditiarapkan, Ada Darah Beku Pada Paru-Paru” – Shuib Akui Jantung Siti Sarah Dalam Keadaan Lemah

ARTIKEL BERKAITAN : “Awak Penat, Tapi Jangan Tidur Lama-Lama Ye Sayang…” – Luahan Shuib Buat Netizen Sebak!

 

Sumber : Harian Metro

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Thu, 27 Jan 2022

Lempar Tuduhan Terhadap Anuar Zain Sehingga Ziana Zain Berang, DSV Diserang Netizen – “Saya Mohon Maaf, Tidak Berniat”

Usahawan kontroversi, Datuk Seri Vida (DSV) tampil membuat permohonan maaf secara terbuka kepada penyanyi terkenal Anuar Zain. Dalam hantaran terkini yang dimuat naik di Instagram miliknya, DSV memohon kemaafan susulan video pendek yang tular di […]

Trending Wed, 21 Mar 2018

Long Travel Distance Between Work and Home Will Literally Kill You

Studies have proven that travelling for too long on a daily basis can actually kill you!

Trending Thu, 20 Oct 2022

“Korang Ni Tak Belajar Agama Ke?” – Sajat Sekolahkan Netizen, Selar Keturunan Manusia Berasal Dari Monyet

Usahawan selebriti kontroversi, Nur Sajat sekali lagi menjadi tumpuan netizen apabila  memberi pandangan berkenaan isu cicit Nabi Muhammad SAW. @hazrinempire Apa kate sajat!..😎 #hazrinempire #sajat #skincare #personalcare #funny ♬ nhạc nền – 𝘾𝙝𝙞𝙡𝙡𝙃𝙤𝙪𝙨𝙚𝙈𝙪𝙨𝙞𝙘 – 𝑩 […]

Hiburan Wed, 26 Mar 2025

Jadi Aktres Bukan Kerana Minat… Elfira Loy Buang ‘Introvert’, Sanggup Berlakon Demi Bantu Ibu Cari Duit

Elfira Loy mula berlakon bukanlah atas minat, tetapi lebih kepada usaha membantu ibunya,

Featured Mon, 9 Jan 2023

“Sebab Curang Ini Pilihan Bukan Paksaan” – Dr Fadzilah Kamsah

Hm betul apa pesan Dr Fadzilah Kamsah ni kan!

error: Content is protected !!