Categories: Trending

Didakwa Bercinta Dengan Selebriti Wanita? Ini Jawapan Sufian Suhaimi

Baru-baru ini, nama Sufian Suhaimi menjadi bualan hangat netizen apabila dia dikatakan sudah mempunyai kekasih selepas pengacara dan usahawan, Neelofa, ‘mengusik’ penyanyi itu seolah-olah dia kini sudah mempunyai pasangan.

Namun, memetik laporan Harian Metro, penyanyi berusia 30 tahun itu menafikan perkara tersebut dan memberitahu dia masih solo.

“Tak ada pun sebenarnya. Ketika itu kami sedang dalam penggambaran, lepas tu saya bagi tahu mengenai ‘crush’. Kemudian Lofa mengusik.

“Hakikat sebenar saya memang tidak ada sesiapa pun lagi. Masih lagi membujang dan mencari,” katanya.

Disoal mengenai adakah dia menjalin cinta bersama seorang selebriti wanita seperti yang didakwa peminat, pelantun lagu Dimata Mu itu menyangkal dakwaan tersebut.

“Yang kata dengan selebriti pun tak betul. Tidak. Itu hanya gurauan semata-mata. Tiada selebriti atau orang biasa pun buat masa ini,” katanya.

Terdahulu, satu rakaman video tular di media sosial apabila Neelofa dalam satu sesi siaran langsung Instagram mengusik Sufian dengan cuba mendedahkan pangkal nama kekasih Sufian.

ARTIKEL BERKAITAN: “Sufian Suhaimi Sudah Berpunya?” – Usikan Neelofa Buat Netizen Berteka Teki

Sumber: Harian Metro

Khairil Khusyairi