Categories: Trending

Didakwa Pertikai Sistem Raja Berpelembagaan, Ibu Neelofa Buat Laporan Polis

Ibu kepada selebriti dan usahawan popular Neelofa, Datin Noor Kartini Noor Mohamed menjelaskan bahawa hantaran Instagram Story miliknya yang tersebar berkenaan sistem Raja Berpelembagaan di Malaysia berlaku kerana kecuaian salah seorang pekerjanya.

Menurut Kartini, pekerja terbabit mempunyai akses ke akaun Instagramnya dan memuat naik kenyataan terbabit tanpa sedar.

“Individu tersebut yang merupakan pengurus media sosial di Noor Khan International Sdn Bhd secara tidak sengaja telah memuat naik Instagram Story tanpa sedar menggunakan akaun saya (@noorkartini).

“Saya telah membuat laporan polis di Balai Polis Taman Tun Dr Ismail, Kuala Lumpur berhubung perkara ini dan akan memberikan kerjasama sepenuhnya.

“Kepada Istana Negeri Johor terutamanya DYMM Tuanku Sultan Johor dan seluruh ahli keluarga diraja, patik merafak sembah memohon maaf di atas kecuaian yang terjadi,” katanya menerusi sebuah kenyataan media.

Terdahulu, satu hantaran Instagram Story dikongsikan oleh akaun @noorkartini mempertikaikan sistem Raja Berpelembagaan Malaysia tular di laman sosial.

Bersama dengan kenyataan media itu, turut disertakan tangkap layar perbualan Kartini bersama staf terbabit.

Padin