Categories: Trending

Dikatakan Kecewa Kandas Di Separuh Akhir Muzik Muzik Tahun Lalu, Apa Harapan Naim Daniel Untuk Lagu Purnama?

Selebriti serba boleh, Naim Daniel mengakui puas apabila sesebuah karya yang dikeluarkannya dapat dirasai orang ramai.

Pernah dikatakan kecewa apabila lagu Sembah nyanyiannya gagal mara ke pentas Anugerah Juara Lagu 35 (AJL35), kini single Naim yang berjudul Purnama berjaya menempah tempat di Separuh Akhir Muzik Muzik 36 yang bakal berlangsung tidak lama lagi.

ARTIKEL BERKAITAN: Sembah Gagal Ke AJL35, Naim Daniel Keliru Dengan Penjelasan Juri

ARTIKEL BERKAITAN: Kongsi Video Lap Trofi Kemenangan, Naim Daniel Kecewa Lagu Sembah Gagal Ke Pentas AJL35?

“Suka untuk saya paraphrase semula, apa yang terjadi tahun lalu bukanlah kekecewaan, kita tahu adat bertanding, ada yang menang, ada yang tak berjaya.

“Jika rezeki sesebuah lagu itu sampai di situ sahaja tetapi lagu itu masih lagi dapat dirasai dan didengari masyarakat, saya rasakan itu adalah satu kepuasan untuk saya sendiri,” katanya.

Naim ditemu bual ketika sidang media maya pengumuman 10 lagu pertama yang layak ke Separuh Akhir Muzik Muzik 36 baru-baru ini.

Bercerita mengenai harapannya terhadap lagu Purnama, Naim mengakui ada menyimpan impian untuk menjejakkan kaki ke AJL36.

“Perjalanan Purnama berbeza kerana ia muncul sewaktu Perintah Kawalan Pergerakan jadi saya percaya atas hikmah setiap apa yang terjadi.

“Bercakap mengenai harapan untuk ke AJL36, tipulah kalau seorang penyanyi atau pembikin lagu itu tak nak lagu mereka dihargai di tempat lebih tinggi.

“Tapi, saya juga percaya mereka yang duduk di kerusi juri ada kredibiliti dan pengalaman luas. Saya sudah mencuba yang terbaik menerusi pembikinan lagu Purnama.

“Di persembahan separuh akhir nanti, saya akan cuba untuk meletakkan roh peribadi dalam nyanyian yang cuba saya sampaikan,” katanya.

Purnama ciptaan Naim bersama Amzar Razqa antara 10 lagu pertama yang layak mara ke pusingan Separuh Akhir Muzik Muzik 36 yang bakal berlangsung kelak.

ARTIKEL BERKAITAN: Naim Daniel, Haqiem Rusli, Awie Antara 10 Pertama Yang Mara Ke Separuh Akhir Muzik Muzik 36

Secara keseluruhan, 30 buah lagu Muzik Muzik 36 bakal bertanding di pusingan separuh akhir.

Jangan ketinggalan pengumuman 20 buah lagu pada episod seterusnya iaitu 28 November dan 5 Disember nanti.

Padin