Trending By: Yanie Baharom July 23, 2019 @ 9:17pm

Doa rezeki ‘seluas langit’ Neelofa tular!

Pada usia yang sangat muda, pelakon dan pengacara Neelofa sudah bergelar jutawan dan mempunyai empayar perniagaannya sendiri dengan menggunakan label, Naelofar yang menjadi satu pemakaian hijab, wajib dikalangan wanita negara ini.

Pastinya restu kedua orang tua terutamanya ibu, diperhebat dengan usaha serta doa tertentu yang diamalkan gadis cantik itu sehingga meraih kejayaan yang sebegini hebat.

Apa yang menarik, seorang gadis menggunakan akaun Twitter Mai Adnan berkongsi doa yang sering dibaca pengacara terkenal Neelofa untuk memperoleh rezeki ‘seluas langit’ daripada Allah SWT.

Tular di Twitter sejak kelmarin, rakaman selama seminit 49 saat digemari hampir 84,400 pengguna akaun selain dikongsi lebih 79,000 kali.

“Semoga bermanfaat untuk kita semua. Boleh mula hafal dah. Semoga kita semua dilimpahkan rezeki yang berpanjangan. Ameen,” tulisnya. 

Ternyata amalan berdoa dilengkapi dengan solat, zikir dan amalan yang baik memberi keberkatan kepada muslimin.

Daripada Anas RA katanya bahawa Rasulullah SAW telah bersabda, “Doa-doa di antara azan dan iqamat tidak akan ditolak oleh Allah SWT.”
(Hadith Riwayat Abu Daud dan at-Tirmizi)

Huraian Hadith:

Orang yang sentiasa mengamalkan doa di dalam hidup mereka akan mendapat keberkatan di dunia dan juga di akhirat.
Di antara waktu berdoa yang paling afdhal ialah di antara azan dan iqamat, di mana Allah SWT akan menerima doa tersebut.

Nampaknya dengan hanya berkongsi doa Neelofa, posting yang dilakukan Mai Adnan menjadi tular. Pahala berpanjangan juga buat gadis ini sekiranya doa yang dikongsikannya itu dimanfaatkan sebaiknya oleh masyarakat umum.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Tue, 15 Nov 2022

“Menggelabah Kemas Rumah!” – Prank Ibu Mertua Datang Mengejut, Netizen Terhibur Lihat Gelagat Harris Annuar & Isteri 

Siapa yang akan jadi menggelabah jugak bila ibu/ayah mertua nak datang rumah? 🤣🤣 Comel je pasangan sejoli niii 🤣🤣

Trending Thu, 10 Jan 2019

Masjidil Haram Di Serang Ribuan Cengkerik

Pihak berkuasa Makkah melancarkan operasi pembersihan untuk membunuh serangga berkenaan.

Featured Wed, 28 Sep 2022

[VIDEO] Berada Dalam Studio Bersama, Agnez Mo & Justin Timberlake Bakal Berduet? 

Wowwww! Agnez Mo nak keluar lagu duet baru dengan Justin Timberlake ke? Fuhhh mantappp 🤩🤩🤩

Featured Fri, 3 Jun 2022

“Rezeki Saya Adalah Rezeki Anak-Anak Juga” – Chef Wan Hadiahkan 10,000 Sempena Hari Lahir Serina

Bestnya dapat hadiah birthday 😍 Chef Wan memang bapa yang baik walaupun suka bebel 🤣

| Live TV