Hiburan By: Khairil Khusyairi September 11, 2023 @ 4:11pm

Berjaya Genggam Ijazah Kejuruteraan, Mierul Aiman Tak Tolak Rezeki Jadi Jurutera – “Ia Profesion Yang Sesuai Dengan Diri Saya”

Impian pelakon Mierul Aiman untuk menggenggam segulung ijazah tercapai selepas berjaya menamatkan pengajian peringkat Ijazah Sarjana Muda dalam bidang Kejuruteraan Mekanikal (kepujian).

Menerusi perkongsian di Instagram (IG), Mierul atau nama sebenarnya Muhammad Amirul Aiman Norazman berkongsi momen-momen terindah ketika istiadat konvokesyen di Universiti Selangor (Unisel), pada Ahad.

Menurut Mierul, dia bersyukur perjalanannya untuk menggenggam sebuah ijazah berbaloi dan menyifatkan ia hadiah istimewa buat kedua ibu bapanya.

“Setelah lima tahun, Alhamdulillah ia perjalanan yang sangat panjang dan ‘liar’, pelbagai ujian, cabaran, senyuman segalanya tercapai melalui proses untuk menjadi seorang pelajar.

“Saya sangat gembira, tak dapat gambarkan, sebak juga ada bila melihat memori-memori saya berjuang. Setiap orang yang bergelar pelajar pasti merasainya, pelbagai suka dan duka.

“Gembira sebab akhirnya dapat berikan hadiah buat ibu bapa saya. Itu yang terbaik kerana dapat beri satu inspirasi dan membalas kebahagiaan yang mereka inginkan. Ia kejayaan terbesar saya,” kongsinya kepada XTRA.

Dalam pada itu, anak muda usia 25 tahun ini tidak menolak sekiranya kerjaya sebagai jurutera menjadi pilihannya selepas ini kerana menganggap ia sangat dekat di hati.

“Bergelar anak seni juga adalah satu impian saya tetapi menjadi seorang jurutera adalah misi saya dalam kerjaya yang saya rasa ia profesion yang sesuai dengan diri saya berbanding kerjaya lain.

“Walau apapun jadi yang jadi, saya berjanji kepada ibu bapa saya untuk habiskan pelajaran dan Alhamdulillah ia terhasil.

“Saya teringat balik sebelum saya menceburi bidang seni, saya berbaki satu semester saja lagi namun saya perlu panjangkan semester saya kerana mahu sertai pertandingan Hero Remaja.

“Syukur ibu bapa saya memberi kepercayaan kepada saya dan mereka percaya semangat saya kepada seni, dalam masa sama tak mahu tinggalkan misi saya sebagai jurutera,” ujarnya.

Di soal mengenai perancangan untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat lebih tinggi, Mierul tiada perancangan untuk perkara itu sebaliknya mahu memberi fokus kepada bidang lakonan.

“Buat masa ini saya fokus dalam bidang seni tetapi saya hanya mampu merancang Tuhan yang menentukan, sekiranya satu masa nanti saya diperlukan dalam bidang kejuruteraan.

“Belum lagi ada perancangan untuk lanjutkan pelajaran, bagi saya kejayaan genggam ijazah sarjana muda ini saya sudah capai, untuk sambung peringkat sarjana belum lagi.

“Karier seni saya juga banyak saya perlu pelajari dan mahu jadi yang baik buat semua,” tutupnya positif.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Thu, 29 Mar 2018

Hantu Kebaya Merah Kembali?

Penampakan wanita berkebaya merah berjalan seorang diri di jalan gelap yang sunyi. Kalau korang, buat macam biasa atau dah jerit sekuat hati…hehe

Trending Fri, 12 Jul 2019
Hiburan Mon, 1 Jul 2019

Johan As’ari Tak Kisah Kalau Tak Jadi Kahwin?

Kita doa yang baik-baik untuk Johan & Letty okay!

Hiburan Fri, 23 Feb 2024
Featured Wed, 11 May 2022
Trending Fri, 20 Mar 2020
Hiburan Mon, 14 Oct 2019