Euforia Bola 2026
Trending By: Padin March 17, 2021 @ 6:04pm

Dulu Dikritik Di Vokal Mania, Kini Nuha Bahrin Bangkit Dengan Single XSEMPURNA

Masih ingat dengan Nuha Bahrin?

Gadis kecil molek ini pernah terpalit kontroversi dan dikritik ketika menyertai program realiti Vokal Mania sebagai rookie.

ARTIKEL BERKAITAN: Vokal Mania – Persembahan Tular Di Twitter, Didakwa Macam Kena Rasuk – Ini Respon Nuha Bahrin

ARTIKEL BERKAITAN: Vokal Mania – Isu Nuha Bahrin Belum Selesai – Pengacara Popular & Komposer Lagu Pun Tampil Bersuara!

Sebelum menyertai Vokal Mania, Nuha membina nama dengan lagu cover ‘Hurt’ nyanyian asal Christina Aguilera.

Paling menarik, lagu cover terbabit turut mencuri perhatian penyanyi antarabangsa tersebut sendiri dan Christina turut memuat naik semula nyanyian Nuha di Instagram miliknya.

Kini, penyanyi baru itu muncul dengan single pertamanya yang muncul awal Mac lalu yang berjudul XSEMPURNA.

“Makna lagu ini juga merangkumi perjalanan saya menjadi penyanyi dan artis yang sangat baru dalam industri muzik dan bagaimana saya telah belajar banyak perkara pada masa lalu. Itu adalah pengalaman manis yang sangat pahit. Bagi saya itu adalah salah satu rahmat terbesar saya kerana Allah menguji saya seperti itu.

“Saya memperoleh lebih banyak pengetahuan daripada orang di sekeliling saya, membimbing saya untuk menjadi penyanyi yang lebih baik, dan benar-benar menunjukkan betapa orang benar-benar peduli terhadap saya.

“Sebahagian daripada mereka adalah orang-orang yang saya tidak tahu dan saya sangat berterima kasih untuknya. Komposer Ezra Kong melihat bakat saya dan menyediakan lirik dan melodi serta susunan muzik yang sesuai,” kata Nuha.

Hasil karya yang terbaru ini adalah gabungan kerjasama diantara BeeGood Music dan Universal Music Malaysia ini diharapkan dapat memeriahkan lagi persada seni muzik tanah air.

XSEMPURNA dilancarkan secara rasmi pada 5 Mac lalu di saluran YouTube BeeGood Music, manakala hasil karya terbaru ini juga boleh didengari di semua platform digital seperti Apple Music, Spotify, Deezer, Joox dan YouTube Music.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Fri, 4 Dec 2020
Hiburan Thu, 20 Mar 2025
Featured Fri, 4 Jul 2025

Gara‑Gara Sebiji Epal, Umie Aida Didenda RM1,000 Di New Zealand

Kata Umie, pada awalnya dia tidak membawa apa-apa makanan kerana mahu memudahkan urusannya di kaunter imigresen.

Hiburan Wed, 31 Dec 2025

Romantic Echoes Bakal Gegarkan Zepp KL Dengan Persembahan Solo Pertama 6 Februari 2026!

Romantic Echoes bakal kembali menemui peminat Malaysia!

Featured Mon, 19 Sep 2022
Hiburan Wed, 25 Mar 2026

Tampil Berseri Walau Diuji, Puteri Sarah Galak Wanita Cantik Ke Mahkamah Urus Perceraian – “Berhenti Pakai Pakaian Serba Hitam”

Puteri Sarah berkongsi pengalaman peribadinya yang memilih untuk mengenakan pakaian berona cerah

Filem Thu, 11 Aug 2022

Syamsul Yusof Terkilan Dengan Finas, Didakwa Tidak Proaktif

Syamsul Yusof terkilan dengan cara FINAS mengendalikan isu.

error: Content is protected !!