Trending By: Padin October 23, 2021 @ 12:34pm

Elly Mazlein Selamat Bersalin Anak Lelaki, Beri Nama Haider Mateen

Selebriti sensasi, Elly Mazlein, 40, selamat melahirkan anak lelaki yang diberi nama Haider Mateen.

Pelakon drama bersiri Kampung People ini mengumumkan berita gembira terbabit menerusi hantaran terbaharu di laman Instagram miliknya.

“Assalamualaikum.. Alhamdulillah Kak Pom selamat bersalin pada 23 Oktober 2021, Jam 12.23 tengah malam tadi.

“Alhamdulillah mama dan Haider sihat. Terima kasih segala doa. Terima kasih abah, suami dan manja jaga mama sepnjang mengandung hingga bersalin.

“Alhamdulillah kita ada orang baru, bertambah seorang lagi dalam keluarga comel kita. Alhamdulillah syukur Ya Allah

“Dengan ini Kak Lina nak memperkenalkan anak kedua Kak Lina, Haider Mateen Bin Mohamad Azlan, Assalamualaikum Haider.. Welcome to the world our little bundle of joy,” tulisnya lagi.

Terdahulu, Elly selamat mendirikan rumah tangga dengan Mohammad Azlan Che Nuh, 31, pada 18 Januari 2021.

Elly mempunyai seorang cahaya mata, Putri Sara Sefhia, 5, hasil perkahwinan terdahulu bersama pengarah Azmi Hata.

Mereka berkahwin pada 9 November 2014 dan berpisah pada 15 Oktober 2015 ketika Elly hamil empat bulan.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Mon, 20 Feb 2023
Featured Tue, 20 Dec 2022

Netizen Sebak Tengok Kimi Keon Berpisah Dengan Sahabat Selepas Tunai Umrah Bersama

Pempengaruh, Kimi Keon berkongsi momen perpisahan dengan sahabat-sahabatnya setelah usai menyempurnakan ibadah umrah di Makkah. @kimikeonkimi doakan kepada semua agar berjaya dunia akhirat yaa🥺❤️♬ original sound – diefarr🦋 Menerusi hantaran yang dimuat naik di laman […]

Featured Mon, 15 Aug 2022
Hiburan Fri, 23 Feb 2024

Bekas Kekasih Meninggal Di Indonesia, Hafiz Hamidun Tak Serik Nak Kahwin

Inalillah.. InsyaAllah ada jodoh buat Hafiz Hamidun nanti