Categories: Trending

“Fikir Tiada Tawaran Kerja Bagaimana Nak Survive” – Kadang-Kadang Lemah Semangat, Yonnyboii Akui Rasa Down

Penyanyi rap, komposer dan penerbit muzik, Yonnyboii mengakui rindu untuk mengadakan persembahan di hadapan orang ramai.

Pemilik nama sebenar Muhammad Haqeem Nuriman Nor Azrin, 23, ini masih belum berjaya merealisasikan hasratnya untuk muncul dengan sebuah konsert berskala besar.

“Kerinduan nak buat persembahan dengan khayalak ramai hingga kini terus membuak buak. Tapi semua itu masih samar dengan keadaan kes harian COVID-19 yang turun naik. Jadi saya kini membiasakan merapatkan diri dengan komuniti atau peminat muzik dengan menghasilkan kandungan kreatif dalam laman sosial.

“Saya kena anggap rakam persembahan di rumah atau secara virtual seperti membuat persembahan pentas. Begitu juga dengan impian mengadakan konsert yang belum menjadi kenyataan.

“Besar harapan saya agar keinginan itu direalisasikan. Malah saya membayangkan konsert penuh intim itu ‘diiringi’ dengan peminat yang sama sama menyanyi setiap bait lirik lagu Yonnyboii,” katanya.

Dalam pada itu, Yonnyboii kini tahu ramai bergelut meneruskan kelangsungan hidup.

“Saya juga cuba mengimbangi hal fizikal dan mental sebaik mungkin. Ada ketikanya rasa lemah semangat itu menerpa. Tapi saya cuba untuk tidak terlalu larut dengannya. Masa ‘down’ itu macam macam dalam fikiran

“Termasuk fikir tiada tawaran kerja bagaimana nak ‘survive’. Namun saya percaya rezeki itu ada dengan izin-Nya. Saya pun menyara keluarga. Adik nombor dua pun tinggal dengan saya. Tiga lagi adik tinggal dengan keluarga,” katanya.

Dalam pada itu, penyanyi rap berbakat besar ini bersiap sedia pula melancarkan album penuh pada 8 Oktober ini.

Album diberi judul YONNY (DELUXE VERSION) itu menghimpunkan sembilan karya dari EP terdahulu selain dua lagu baharu sebagai trek bonus, Tak Sangka dan Angel.

“Tak sangka sebenarnya dari album EP ke penuh ini, saya melancarkan di era pandemik. Bagi saya ia bukan satu kesalahan mandatori. Malah di saat ini muzik kekal jadi terapi buat kita semua. Ramai yang terus mendengar muzik, selain menonton pelbagai medium hiburan.

“Saya tak kisah melawan arus. Jika ada artis yang berkira kira nak lancarkan album, kenapa tidak saya melakukannya. Saya selesa mencabar diri melawan arus kebiasaan. Selama ini pun saya sering dilihat ‘unik’. Sekurang kurangnya saya ada kenangan melancarkan album pada waktu sebegini.

“Saya percaya penantian itu sangat berbaloi. Tak perlu tergesa gesa. Andai tiba waktunya, pasti kesempatan itu akan ‘mendarat’. Jujur sejak awalan fasa pembabitan seni lagi, saya mendambakan album penuh. Tapi saya ikut saja peredaran masa dan kesesuaian yang mana lagu single demi single dilancarkan. Itu juga ‘trend’ pemasaran yang diguna pakai syarikat rakaman,” katanya.

YONNY (DELUXE VERSION) boleh didengarkan di kesemua pelantar penstriman digital seperti Spotify, Apple Music, Joox, KKBOX, Deezer dan YouTube Music mulai 8 Oktober 2021 jam 12 tengah malam.

Padin