Trending By: Padin May 29, 2021 @ 9:35am

Filem & Drama Hebat Primeworks Studios Ditayangkan Secara Eksklusif Di Disney+ Hotstar

Bagi menzahirkan sokongan terhadap komuniti filem tempatan, Disney+ Hotstar memeterai satu siri perjanjian beberapa tahun dengan pengedar dan aggregator kandungan premium di Malaysia, Primeworks Studios.

Bermula 1 Jun ini, penonton di Malaysia boleh mengakses lebih 500 jam untuk filem dan drama termasuk tayangan perdana filem blockbuster dan drama hebat yang dinantikan di Disney+ Hotstar.

Penonton boleh melanggan Disney + Hotstar dari laman web (disneyplushotstar.my) atau dengan memuat turun aplikasi Disney + Hotstar pada peranti Android dan iOS.

Sebagai penyedia kandungan terbesar di Malaysia untuk Disney + Hotstar, ia menjadi satu
penanda aras yang sangat membanggakan buat Primeworks Studios di mana dapat menayangkan kandungan terbaik yang berkualiti tinggi oleh penggiat seni tanah air di Disney+ Hotstar.

Dengan ini, ia dapat merapatkan jurang sempadan anak seni tempatan dan sekaligus membawa karya dan bakat kreatif mereka di persada antarabangsa.

‘J2: J Retribusi’, ‘WiFi Di Sebelah Rumah’, ‘Semanis Senyumanmu’, ‘Single Terlalu Lama’ dan ‘Kekasih Hati Mr. Bodyguard’ adalah antara filem dan drama siri yang hebat yang diumumkan pada pelancaran Disney+ Hotstar bersama media baru-baru ini.

Datuk Khairul Anwar Salleh, Ketua Pegawai Eksekutif, Rangkaian Televisyen Media Prima dan Primeworks Studios menzahirkan rasa keterujaan kerana Disney + Hotstar berbesar hati ingin bekerjasama dengan Primeworks Studios di Malaysia untuk menyediakan platform bagi kandungan tempatan untuk dinikmati oleh lebih ramai penonton.

“Ini sejajar dengan strategi Primeworks Studios untuk bekerjasama dengan pemain-pemain utama dalam menyediakan kandungan terus kepada pelanggan. Secara tidak langsung ini meluaskan lagi capaian digital dan membawa lebih banyak kandungan Malaysia dan Asia ke peringkat antarabangsa,” kata Khairul.

Menurut Ahmad Izham Omar, Pengarah Eksekutif Kandungan & Kreatif, Disney+, Asia Tenggara:

“Ia merupakan suatu keistimewaan dapat bekerjasama dengan Primeworks Studios membawa cerita Malaysia ke hadapan, dan memberi tumpuan kepada pembuat filem tempatan serta bakat tempatan.

“Kami akan terus memastikan perkembangan komuniti kreatif Malaysia dan menantikan kolaborasi seterusnya bersama Primeworks Studios untuk menjadikan Disney+ Hotstar sebagai tempat mengumpul filem-filem eksklusif dan program yang dinantikan, serta menjadi tempat arkib kepada pelbagai kandungan.”

‘J2: J Retribusi’, sebuah filem sekuel blockbuster yang dinanti-nantikan selepas J Revolusi filem yang menjanjikan aksi yang padat dan dibintangi oleh barisan pelakon hebat tanah air Zul Ariffin, Allahyarham Ashraf Sinclair, Amelia Henderson, Rosyam Nor dan ramai lagi yang bakal dipertontonkan buat pertama kalinya hanya di Disney+ Hotstar dan tidak akan ditayangkan di mana-mana pawagam di negara ini.

Siri drama ‘Wifi Sebelah Rumah’ (mula ditayangkan 25 Jun) dan ‘Semanis Senyumanmu’ adalah antara siri eksklusif yang dapat ditonton secara serentak di Disney + Hotstar.

Di samping itu, siri drama terpilih seperti ‘Single Terlalu Lama’ dan ‘Kekasih Hati Mr. Bodyguard’ boleh distrim 15 jam lebih awal sebelum tayangannya di televisyen.

Disney+ Hotstar juga akan menayangkan filem animasi hebat dengan kutipan tertinggi ‘box office’ di Malaysia yang melebihi RM30 juta, Ejen Ali The Movie adalah sebuah kerjasama produksi antara Primeworks Studios dan WAU Animation.

Selain Ejen Ali The Movie, Ejen Ali musim pertama, kedua dan Ejen Ali Misi Juang yang dibintangi oleh Ali, seorang budak lelaki yang menjadi ejen rahsia juga akan ditayangkan menerusi platform ini.

Selain dari itu, siri animasi 3D prasekolah yang merupakan kerjasama produksi antara Primeworks Studios dan Blindspot Studios ; ‘Alif & Sofia’ yang dibintangi oleh dua adik beradik yang selalu bersama mempelajari tentang kehidupan seharian melalui cerita, lagu dan bermain, diinspirasikan oleh nilai-nilai murni Islam bakal ditayangkan tidak lama lagi.

Dijangka lebih banyak informasi mengenai animasi yang bakal diumumkan kelak.

Dengan pelancaran perkhidmatan strim Disney+ Hotstar yang boleh dilanggan dengan harga RM 54.90 selama tiga bulan , penonton kini boleh menikmati lebih daripada 800 filem dan 18,000 episod, yang juga merangkumi filem dan drama siri premium dari Primeworks Studios selain dari kandungan jenama hiburan ikonik Disney seperti Disney, Pixar, Marvel, Star Wars, National Geographic, FX, 20th Century Studios dan banyak lagi.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Fri, 29 Mar 2024

Beli Rumah Dan Berpeluang Untuk Dapat Jongkong Emas? Wow Memang Bling Bling Lah Raya Tahun Ni!

Raya datang lagi! Macam biasa,nak raya ni, mestilah ada deals menarik dan seperti biasa, antara pemaju yang tak pernah missed kasi deals menarik time raya adalah LBS Bina! Setiap tahun,inilah yang ditunggu-tunggu oleh mereka yang […]

Featured Tue, 3 Jan 2023
Featured Thu, 28 Apr 2022

Elon Musk Bersetuju Beli Twitter, Perlu Bayar RM4.3 Bilion Jika Batal Pembelian

Yuran pembatalan akan dikenakan ke Elon Musk jika batal beli Twitter.

Trending Fri, 21 Aug 2020

Kluster Baharu Di Sarawak, 4 Positif Covid-19

sentiasa berwaspada dan jangan lalai

Featured Mon, 15 May 2023
Featured Thu, 5 Jan 2023

Comelnya! Gelagat Ernie Zakri Teruja Nyanyi Depan Burung Di London Curi Tumpuan

Umum mengetahui, penyanyi terkenal Ernie Zakri dan suaminya, Syamel sedang bercuti di London.   View this post on Instagram   A post shared by @erniezakri Tular sebuah perkongsian di platform TikTok memaparkan gelagat Ernie yang […]

Trending Tue, 9 Jul 2019

Tahukah anda apa itu Wolbachia?

Ketahui strategi yang digunakan oleh pihak kerajaan.

Trending Thu, 22 Apr 2021

Lebih Banyak Beli, Lebih Jimat Belanja… Sempena Syawal, Courts Sedia Tawarkan Rebat Melebihi RM3.8 Juta!

Kita sudah memasuki minggu kedua bulan Ramadan dan itu menandakan Syawal bakal menjelma tidak lama lagi. Sambutan Hari Raya Aidilfitri seharusnya diraikan dengan penuh rasa kesyukuran dan kegembiraan. Biarpun kita masih terkesan dengan wabak Covid-19, […]